• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Dotonbori, Glico Man & Sampah

11/01/2016

Bagi mereka yang pernah ke Osaka, Japan pasti mengetahui tentang gambar ini. Papan iklan neon tersebut Ia merupakan mercu tanda di Dotonbori iaitu sebuah kawasan di tengah bandaraya Osaka.

Kalau ke Osaka, rasanya tidak sah kalau tidak bergambar berlatarbelakangkan papan neon tersebut yang menunjukkan gambar seorang lelaki sedang dalam posisi meraikan kemenangan selepas berlari.

Glico Man nama diberi kepada lelaki tersebut di mana papan iklan tersebut adalah antara yang tertua di Osaka berusia 70 tahun. Ia dibina oleh syarikat pengeluar kuih-muih dan manisan iaitu Glico.

Manusia yang terdiri dari penduduk tempatan dan pelancong sangat ramai di kawasan ini yang sangat terkenal dengan restoran-restoran makanan laut dan juga pusat membeli belah.

Saya sebenarnya tidak mahu bercerita pasal Dotonbori maupun Glico Man tetapi saya mahu bercerita tentang sampah.

Jika anda pernah ke Osaka dan jika anda biasa bangun awal pagi di hujung minggu maka jika anda di atas jambatan Dotonbori berhampiran papan neon tersebut seawal jam 7-8 pagi maka anda akan dapat lihat plastik sampah, batang pengutip sampah dan susunan penyapu berbaris di atas jalan jambatan tersebut.

Mungkin juga anda dapat lihat kanak-kanak sekitar usia 5-8 tahun bersama orang dewasa yang lain beramai-ramai menyapu dan mengutip sampah di kawasan tersebut.

Mereka bukanlah pekerja pembersihan dari majlis bandaraya ataupun kontraktor. Mereka adalah penduduk Osaka yang menjadi sukarelawan bagi membersihkan bandar kesayangan mereka.

Bila ditanya mengapa mereka menyapu sampah yang kebanyakannya adalah sampah yang dibuang oleh para pelancong ataupun dedaunan kering sahaja secara sukarela?

Jawapan mereka?

“Kami sukakan kebersihan. Jepun adalah negara yang dikaitkan dengan kebersihan dan adalah salah jika Jepun itu kotor. Kami mahu bandar kami dan negara kami sentiasa bersih. Selain itu kami ingin mendidik anak-anak dan cucu kami supaya mengekalkan kebersihan ini” jawab salah seorang dewasa yang ditanya.

Saya menghela nafas panjang dan cuba membayangkan diri berdiri di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Hmmmmm….

ENTAHLAH, I Dont Know.

Share

Believe It or Not  / Blog  / Cultural  / Experience  / Lifestyle  / Peoples  / Places  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved