5 Perkara Tentang Filem Dua Garis Biru dan No. 8 tu paling penting.
Aku tengok filem ni semalam atas keperluan subjek kuliah aku. Maaflah, aku tak pandai dan tak mahu review. Tapi aku nak bagi beberapa point yang aku dapat dari filem ini.
Jangan takut, takde spoiler.
1. Filem ini berkisar remaja form 5 yang terlanjur dan mengandung. Jadi, ia berkisar bagaimana remaja tersebut dan keluarga mereka menyelesaikan isu ini. Itu sahaja.
2. Aku tak tertidur, maknanya ada sesuatu dalam filem ini yang buat aku celik dan concentrate sampai habis. Aku malas nak komen dari aspek teknikal sebab ianya serba-serbi cukup di mata aku. Pelakon sangat bagus, skrip sangat padu, ada ‘long take’ yang brilliant dan bla bla bla.
3. Aku masuk panggung tanpa sebarang expectation. Aku tak tahu langsung apa-apa mengenai filem ini. Namun aku keluar dengan sesuatu. Ada benda yang buat aku sedar dan ada satu dua dialog yang sangat menusuk dan masih terngiang-ngiang lagi.
4. Aku nangis? Yer, tapi bukan sebab cerita sedih tetapi ada scene dengan dialog padu yang menusuk sangat bagi aku, seorang bapa yang sedang berjuang membesarkan anak-anak.
5. Ini adalah kisah realiti dalam kehidupan. Dipaparkan secara linear tanpa plot twist dan sebagainya. Ending dia pun tak pasti aku nak label sebagai sad ending atau happy ending.
6. Budak-budak remaja kalau pergi tengok dengan kawan-kawan dia pasti dia pasti tonton dengan senyuman. Maklumlah kisah remaja bercinta, so sweet gitu. Namun kalau korang ni mak bapak pasti korang tonton bersama linangan air mata.
7. Aku berbelah bagi untuk tidak setuju filem ini dilabel 13PG atau sepatutnya untuk dewasa sahaja. Bukannya ada adegan seks atau lucah atau carut dan sebagainya pun. Skrip dia sangat bagus, sopan sebenarnya filem ini.
8. Tetapi, bagi aku konflik yang diwujudkan agak ringan, kesan akibat zina juga macam tiada apa. Seolah, aduh benda kecik jer ni, boleh settle. Aku takut budak sekolah pergi tengok dengan kawan-kawan namun bukan rasa insaf, bukan rasa takut, tetapi “alahh sweetnya Bima dan Dara”. Lebih galak nak bercinta ada lah.
9. Bagi aku remaja tak sesuai pergi tonton dengan kawan-kawan. Aku faham, filem ini buat untuk remaja agar diorang lebih jelas kesan akibat seks dan kehamilan luar nikah. Namun kesan perbuatan tersebut bagi aku tidak ditonjolkan dengan lebih menakutkan dan menginsafkan.
10. Aku sangat sokong kalau mak bapak nak pergi tengok cerita ni. Mak bapak akan lebih sedar yang tanggungjawab mereka adalah lebih jauh dari sekadar memberi makan pakai, kasih sayang dan pendidikan agama. Bukan sekadar menutup mata anak-anak apabila ada adengan cium di tv.
11. “Nak jadi ibu ini bukan tugas 9 bulan 10 hari tetapi tugas seumur hidup”. Ini antara dialog (lebih kurang) yang aku ingat. Benar, bila kita jadi mak atau bapak maka tanggungjawab tu kita galas sampai mati.
12. Mak bapak akan lebih sedar yang topik seks tidak boleh menjadi topik yang tabu. Ia harus diterangkan dengan jelas dan dibincangkan secara terbuka dengan anak-anak.
13. Keluarga yang bahagia atau yang kuat pegangan agama tidak menjamin perkara ini tidak akan berlaku. Dalam filem ini kapel tu keduanya dari keluarga bahagia. Budak-budak ni pun bukan kategori bermasalah, budak baik cuma mereka naif.
14. Peranan mak bapak dalam mengawasi anak-anak juga sangat penting. Walaupun percaya namun sentiasa kena awasi. Bataskan pergaulan dan jangan sesekali dibenarkan anak bebas bawa masuk kawan ke dalam rumah.
15. Skill bercakap dengan anak-anak juga sangat penting. Kena belajar cara untuk berkomunikasi dengan remaja ni, maklumlah depa rasa depa dah besar, emosi pun kemain.
Itulah yang aku dapat.
Kesimpulannya, benda yang aku belajar dari filem ini; Pendidikan dan perbincangan tentang seks adalah perlu, skill berkomunikasi dengan anak remaja sangat penting, keluarga yang baik bukanlah jaminan dan anak-anak perlu diawasi serta dibatasi pergaulannya.
Begitulah.
Sebagai seorang bapa tunggal yang perlu besarkan anak seorang diri, filem ini bagi impak pada aku.
Aku sarankan kalau yang ada anak remaja, bawalah diorang pergi tengok bersama-sama, jangan lepaskan dia pergi dengan kawan-kawan.
Habis movie bawa diorang pergi minum di kafe paling tenang dan slow talk. Bincangkan pasal filem tu dan nyatakan perasaan dan harapan kita sebagai mak bapak.
InshaAllah, aku yakin jika kita lebih terbuka di dalam isu ini pasti anak-anak akan lebih memahami dan bertanggungjawab.
Sekian.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
#DuaGarisBiru







Leave A Reply