• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Duduk Oversea

14/03/2018

Duduk oversea ni memang best, itupun kalau kau ada duit lah.  Tak kiralah kalau kau memang tinggal dan bekerja ke atau belajar ke atau datang melancong ke.  Kalau kau ada duit memang seronok sokmo.

Tapi kalau kau takde duit, kau duduk tengah kota Paris di bawah Menara Eiffel tu pun boleh sendu.  Apatah lagi kalau duduk di tepi sungai Thames tu, mau rasanya nak terjun jer tanpa ragu-ragu.

Bumi Allah ni luas.

Bertebaranlah kau di mukabumi ini untuk mencari rezeki.  Tak kiralah di New York, di Brisbane, di Ibiza ke atau di Kigali.  Kalau kau rajin berusaha maka inshaAllah kau akan berjaya dan bahagia.

Janganlah nak merantau tinggalkan negara disebabkan kecewa.  Kau kata puncanya harga minyak yang tinggi tambahan pula ada GST.  Jadi kau rasa susah dan miskin sekali.

Seharusnya kau merantaulah atau berhijrahlah dengan niat nak melihat dunia, menambah harta dan mengganda rezeki.

Ada yang kaya dan berharta di luar negara kerana mereka rajin bekerja dan berusaha.  Ada juga yang miskin dan papa kedana kerana perangai malas berusaha tu tetap ada walaupun dah jauh ke seberang sana.

Setiap pelusuk dunia ada kelebihan dan kekurangannya.  Selagi kau tak pernah keluar dan merasa tinggal dan bekerja di negara luar maka kau tak akan tahu nikmat duduk dan tinggal di negara sendiri.

Lagi jauh kau berjalan lagi kau hargai tanah tumpah darah kau.  Bencilah bagaimana sekalipun kepada pemimpin atau kerajaan namun kau akan sayang gila kat negara kau.  Dengar lagu Negaraku berkumandang di luar negara pasti buat air mata kau turun dengan laju.

Jadi tak kisahlah kau nak duduk di mana-mana pun asalkan jangan kau lupa asal usul kau.  Jangan kau kutuk-kutuk dan benci negara kau.  Dan jangan kau koyak-koyak passport kau.

Waktu muda memang seronoklah, duduk oversealah katakan.  Namun kita ni tak muda sepanjang masa.  Bila sampai waktu tua, anak dah besar, kau tinggal berdua atau berseorangan sahaja maka kesunyian dan kerinduan mula melanda.

Maka waktu tu mulalah kau teringat segalanya.

Jadi, yang berniat nak ke oversea, nak ubah hidup nak lebih berjaya dan bahagia, kau hijrahlah.  Betulkan niat, jangan semata-mata kerana benci dan dendam kau tinggalkan negara.  Bila ada dendam di dada maka keputusan yang kau buat pasti ada yang serba tak kena.

Berlapang dada walau di mana sahaja kau berada.

Tak kiralah samada kau berada di Paris mahupun di Titi Haji Idris, selagi kau rajin berusaha, selagi itu rezeki kau ada.

Share

Adventure  / Blog  / Experience

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved