• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Duit Royalti

08/08/2016

Siang tadi setengah hari saya habiskan di pejabat penerbit PTS untuk sessi fotografi dan perbincangan buku travel saya seterusnya. Jenuh saya bergaya di depan kamera hari ini, walaupun sangat kekok namun berjaya habiskan sessi tersebut.

Selesai semuanya terus ke pejabat penerbit Must Read pula untuk tandatangan buku saya dan bersembang sekejap dengan puan editor yang bertanyakan manuskrip buku seterusnya.

Dah lama sepatutnya saya hantar manuskrip untuk buku ke-3 saya dengan kisah yang masih berkisar terhadap mentaliti masyarakat kita. InshAllah saya cuba siapkan secepat mungkin agar dapat diterbitkan sebelum hujung tahun ini.

Dalam buku ke-4 saya akan kembali menulis tentang kembara di dalam siri buku I’m A Backpacker.

Jadi, kawan-kawan semua yang minat untuk mengembara dan menjelajah dunia, nantikan ketibaan #imabackpackerturki #imabackpackerkorea2 #imabackpackerjapan #imabackpackerjerman #imabackpackernewzealand dan #imabackpackeraustralia

Bagi yang mahu mendapatkan buku Mentaliti Jamban berserta tandatangan bolehlah menghubungi penerbit saya Komrad Buku untuk mendapatkannya.

Semoga kawan-kawan semua terus menyokong buku-buku saya yang akan datang. Moga-moga dengan sokongan kalian tahun depan sekali lagi bolehlah saya pergi haji dengan duit royalti 🙂

Share

Blog  / Books  / Experience  / Guides  / Peoples  / Places  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved