“Daddy, why everything have number?”
“What do you mean?”
“Your telephone have number, our house have number too.”
“Ohh yes, we have number for everything. You have number too.”
“Ohhh, what number do I have, daddy?”
“You have Mykid number, you have number on the phone that you were using, even you have tax number too.”
“What is tax number, daddy?”
“Its a reference number. When you gotta pay the tax, the will ask for that number.”
“Is tax like a toll, we have to pay when we need to pass?”
“Err, yeah something like that.”
Khaleef sewaktu lahir lagi telah diberikan nombor cukai. Yer, kecik-kecik lagi dah dapat nombor rujukan cukai. Nombor tu lah akan digunakan seumur hidup dia jika dia decide nak balik duduk di Jerman bila dia besar esok.
Sedikit fun facts tentang kelahiran di Jerman mengikut pengalaman aku.
1. Ibu yang mengandung biasanya diarahkan oleh doktor dan diberikan cuti sebulan sebelum due date. Dah tak nampak mak buyung kat opis dah.
2. Sebelum bersalin diminta book bidan dulu. Doktor akan bagi senarai bidan bertauliah untuk kita tempah. Bidan akan membantu sebelum bersalin, semasa bersalin dan selepas bersalin.
3. Proses bersalin biasanya sangat menenangkan. Ibu boleh request sama ada lampu bilik bersalin tu nak terang atau dimalapkan. Bidan nak ibu berada dalam keadaan paling tenang dan selesa. Dalam labour room hanya ada 3 orang iaitu ibu, bidan dan suami sahaja. Doktor akan masuk bila sudah bersalin atau jika ada komplikasi ringan.
4. Selesai melahirkan, suami diminta untuk memotong talipusat bayi. Fuhh part ni bercampur baur, seram ada terharu pun ada. Lepas tu dia pass baby kat mak dia. Lepas tu dia pass kat aku balik. Terus aku azan.
5. Suami biasanya dipanggil dan diajar untuk mandikan dan siapkan bayi. First time pegang dan mandikan baby takut gila. Nurse kata semua suami yang patut uruskan bayi, jadi kena belajar. Sebab tu aku champion bab urus baby ni.
6. Hendak bawa keluar baby dari hospital wajib ada carseat. Jangan harap dia nak bagi keluar dukung baby gitu jer. Kalau tak naik kereta maka baby wajib letak dalam bakul khas dalam stroller. Tak boleh dukung-dukung ni. Selagi takde tu memang tak boleh bawak baby balik.
7. Lepas dah balik maka macam biasa ada siri appointment ke klinik untuk checkup dan vaksin. Wajib vaksin okeh. Kerajaan hantar surat peringatan, kalau lepas 30 hari ke berapa entah aku lupa, dalam rekod menunjukkan belum jumpa doktor dan vaksin, Jabatan Kebajikan Masyarakat mai ambik anak.
8. Lepas tu daftar kelahiran untuk dapat surat beranak. Untuk orang Jerman, semua nama kena dapat kelulusan dulu, sebab depa kan pakai surname (nama keluarga) tak guna nama ayah. Jadi kerajaan kena check susur galur keturunan depa nak make sure betul.
9. Lepas daftar sahaja maka surat tax pun sampai. Dari kecik lagi semua anak yang dilahirkan di Jerman akan dapat nombor cukai yang akan depa guna sampai mati. Jerman sangat mementingkan cukai okeh. Setiap orang bila dah kerja kena cukai, kau tukang sapu sampah pun kena cukai jugak.
10. Setiap anak yang lahir di Jerman akan dapat Kindergeld atau elaun bulanan. Setiap seorang dapat 200++euro sampai umur depa 21 tahun. Tapi kalau dia masih di universiti masa umur tu elauan akan terus dibayar sampai umur dia 25 tahun.
11. Setiap ibu akan dapat elaun jika decide untuk terus bercuti nak jaga anak. Boleh bercuti antara 3 bulan hingga 3 tahun. Jika bercuti lama maka majikan hanya akan bayar sampai 6 bulan saja. Lepas tu government take over akan bayar sepanjang tempoh bercuti tu sebanyak 65% dari gaji bersih terakhir dia. Habis cuti boleh masuk kerja balik.
12. Bapa juga boleh bercuti untuk jaga anak, boleh dapat elaun jugak. Dia ada lah kira-kira dia, pening nak faham.
13. Barang-barang keperluan baby murah kemain. Susu formula paling power dan paling mahal hanyalah 16euro. Lampin brand Pampers tu pun sekitar 7-8 euro. Sangat murah untuk orang yang tinggal dan bekerja di Jerman. 1 euro tu macam seringgit lah.
14. Namun begitu, bersedialah untuk bayar cukai yang tinggi nak mampus. Setiap individu bayar antara 14%-45% tax dari gaji setiap bulan. Cukai pendapatan, cukai solidariti dan cukai gereja termasuk sekali. Mujur orang Islam tak kena bayar cukai gereja tu. Ohh cukai VAT yang macam GST dulu tu kat sana 19%.
15. Semua orang kena bayar cukai. Kau kalau nak kerja, majikan akan tanya dulu kau ada kad cukai tak, kalau tak maka dia tak akan ambik kerja. Dalam kad cukai tu depa dah tulis berapa pengiraan cukai kau so majikan tak perlu pening-pening. So kau kerja lah apa pun, tetap kau kena tax.
16. Sebab tu depa duit banyak dan bagi balik pada rakyat dalam bentuk barangan yang murah, tiada tol, minyak murah, elaun dan segala mak nenek benefit lain. Kau tak kerja pun dapat elaun menganggur. Sebab apa? Untuk elakkan jenayah. So bila semua penganggur, taik dadah dan kaki botol ada jer elaun setiap bulan, depa tak perlu mencuri atau merompak untuk fund ketagihan depa.
Begitulah.
Now you know.
Leave A Reply