Hari ni kalau perasan ramai dari kita sambut tawaran Crazy Sales 8.8.
Macam2 yang dibelinya 😊😊. Memang tak salah ambil kesempatan.
Tapi saya nak ajak juga untuk sahut Get Pahala Challenge 8.8 ni. Tak banyak, RM10 sahaja. Akhirat dapat, insyaAllah dunia pun murah rezeki.
Berlumba-lumba lah kita semua dalam melakukan kebaikan dan kebajikan.
Begini, ada sebuah sekolah rendah Islam di Gurun Kedah memerlukan bantuan. Asbab reputasi sekolah yang terkenal di kalangan penduduk tempatan atas pencapaian akademik dan sahsiah, bilangan pelajar mendaftar di sana semakin bertambah.
Surau lama bersaiz kecil dan sudah usang. Ia telah dirobohkan untuk membina surau baru. Tujuannya untuk memberi keselesaan kepada para pelajar.
Sementara surau baru siap, para pelajar terpaksa solat bersesak-sesak di kantin sekolah dan mengikut giliran.
Mereka perlukan bantuan kita.
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui” (Surah Al-Baqarah Ayat 261)
Jadi, jom rebut peluang wakaf sedekah untuk dana surau baru Sekolah Rendah Agama Al-Akhlak Al-Islamiah (Sekolah Integrasi Faizin) ini. Selagi mana surau ni digunakan, selagi tu pahala tak putus-putus kita dapat.
Mereka sedang mencari 20,000 dermawan yang boleh wakaf hanya RM10 sahaja. Tak rugi kita derma, insyaAllah akan tambah rezeki lagi.
Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah, datuk nenek dan keluarga yang masih hidup ataupun dah meninggal dunia.
Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan. Sahabat-sahabat boleh buat sumbangan melalui:
Bank : BANK RAKYAT
Nama : SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH
No. Akaun : 1106 5100 1625
Email : surau.sra.faizin.gurun@gmail.com
Alamat Sekolah:
Sekolah Rendah Agama Al-Akhlak Al-Islamiah
(Sekolah Integrasi Faizin)
Guar Chempedak,
08800 Gurun, Kedah
PS. Kongsikan posting ni pun insyaAllah akan dikira sebagai wakaf amal jariah kita. Terima kasih.
Leave A Reply