Wahai penunggang motorsikal sekalian, ingatlah setiap manusia ada haknya di bumi Allah ini.
Awak ada hak untuk menunggang motor, ada hak berada di atas jalan dan ada hak untuk meletakkan motor awak di kawasan yang sesuai, teduh dan selamat.
Namun, orang yang berjalan kaki juga ada hak mereka, yang kelainan upaya (OKU) juga ada hak mereka, yang menolak stroller bayi dan anak kecil juga ada hak mereka.
Usahlah awak memikirkan kemudahan awak sahaja. Fikirlah bagaimana rakan dan sahabat OKU kita nak berjalan, mereka perlukan laluan khas yang ada panduan seperti yang awak semua halang tersebut.
Kita semua punya hak untuk berkongsi laluan yang sama, awak cuma perlu gunakan akal yang dikurniakan untuk memikirkan keperluan dan hak orang lain juga.
Jangan sampai di akhirat nanti kita disoal kenapa kita menafikan hak orang lain.
Ayuhlah berubah.
Leave A Reply