• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Happy Birthday, Mommy!

31/10/2021

Lepas dinner tadi aku keluarkan kek, hari lahir arwah mommy depa esok.

“This time we don’t have to keep some for mommy right daddy?” tanya adik.

“Why don’t?” aku tanya balik.

“My mommy die already. She is not coming back.” Dia jawab sambil tunduk.

Tahun lepas dia simpan sepotong kek untuk mommy dia. Abang dia dah cakap mommy takkan balik tapi dia simpan juga. Selalu ingatkan aku jangan sentuh kek untuk mommy yang dia simpan tu.

Tapi hari ini dia dah faham, mommy dia takkan balik untuk makan kek yang dia simpan tu. So tak perlu simpan lagi, walaupun itu kek favourite mommy dia.

Kami buat majlis ringkas sahaja.

Depa nak juga nyanyikan happy birthday buat mommy. Lepas tu kami baca Al-Fatihah dan masing-masing titipkan doa buat ibu tersayang. Semoga doa tersebut tergolong sebagai doa dari anak yang soleh.

Setiap tahun aku beli kek tanpa gagal.

Hari-hari istimewa begini adalah hari untuk aku kenang, dan untuk anak-anak terus mengenang hari istimewa dalam hidup arwah ibu mereka. Walaupun sudah tiada namun dia masih sangat penting dan relevan dalam hidup kami berempat.

Jadi hari lahir ini harus dikenang dan dikenang selamanya.

How can I stop tho,
I’ve been buying cake for her birthday for the past 20 years.

And I’ll keep buying it.

“Happy birthday love. We miss you.”

Al-Fatihah.

#superdaddy

Share

Blog  / Events  / Nostalgia  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved