Saya lahir di zaman tv masih lagi hitam putih gambarnya dan merasa 7 orang perdana menteri okeh.
Dari Tun Razak, Tun Hussein, Tun M, Tun Abdullah, DS Najib, Tun M balik, Mahiaddin dan sehinggalah Ismail Sabri.
Tun M tu dua kali dia jadi pm saya. Cuma dia tak pm tepi sahaja.
Kesimpulannya, nak habaq yang saya dah tua.
Walaupun dalam gambar dan di alam nyata saya tampak muda, kacak dan bergaya, tetapi itu cumalah luaran semata okeh,
jangan percaya dan jangan tergoda gittew.
Dah diusia begini takde apa yang saya nak kejar lagi dah.
Alhamdulillah semuanya dah ada. Yang paling penting anak-anak ada disisi dan membesar di depan mata. Anak-anak datang ucap happy birthday dan cium pipi pun daddy dah mengalir air mata bahagia.
Tak perlu hadiah apa-apa untuk bahagia.
Tapi kalau ada yang nak bagi, semestinya saya bersedia untuk menerima.
Dan sempena birthday hari ini maka tiada link Shopee untuk semua okeh. Semoga jimatlah duit korang tu. Esok sahaja kita shopping semula.
Sekali lagi, terima kasih atas semua ucapan dan doa yang saya tak dapat nak balas. Saya akan cuba baca dan like kesemuanya.
Cuma so far belum jumpa lagi yang doakan saya kurus.
Takpelah, kena usaha sendiri. Nak buat sit up kejap lagi.
Lepas tu nak sambung makan kek birthday.