• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

HMFD

06/08/2018

“Assalam encik, school tutup seminggu yer sebab wabak HFMD” mesej dari seorang guru di sekolah/tadika anak saya.

Punah rancangan saya untuk kembali bekerja setelah lebih seminggu bercuti.  Cadangnya minggu ni nak selesaikan segala dokumentasi berkaitan kematian isteri saya.

Namun segalanya terbantut.

Manalah nak hantar anak 3 orang tu.  Mujur neneknya ada, boleh tinggalkan si kecil dan angkut dua yang besar.  Dapat juga selesaikan sedikit urusan.

Marah saya pada mak bapak yang tak peduli pasal orang lain apabila anak-anak dah ada tanda kena HFMD.  Geram juga pada sekolah yang terlepas pandang atau tidak berkeras di dalam menerima anak-anak yang sudah jelas kelihatan terjangkit wabak ini.

Anak saya pun pernah kena.  Yang sulung dengan yang bayi.  Berkurung kami di dalam rumah selama hampir seminggu.  Hanya saya keluar membeli keperluan dan yang lain mereput di rumah.

Kenapa?

Sebab tak mahu anak orang lain turut dijangkiti.  Penyakit tu sangat mudah merebak.  Sentuh sana sikit, sini sikit dan orang lain datang sentuh pulak terus kena.  Bahaya kot.

Kita ni sanggup bercuti emergency demi nak jaga anak dan tak mahu penyakit merebak kepada orang lain.  Namun ada setengah mak bapak tak kisah langsung.

Ada yang bawa anak yang dah kena HFMD keluar ke supermarket, pergi makan di gerai dan macam-macam lagi.  Sudahlah zaman ni ramai mak bapak anti-vaksin, yang jenis tak peduli kat orang ni pun ramai jugak.  Punah.

Pernah terbaca juga komen-komen mak bapak di medsos yang mengatakan sukar untuk bercuti.  Majikan tak bagi, majikan zionis, majikan itu dan ini katanya.

Kalau hendak, boleh sahaja diusahakan cara lain, mungkin salah seorang boleh bercuti, atau boleh diupah orang lain untuk menjaga atau minta tolong kat emak atau saudara dan sebagainya.

Namun dengan tidak mengendahkan larangan kuarantin dan tetap hantar anak ke sekolah atau tadika maka natijahnya terus kena tutup sekolah tu.

Bukan sahaja kau tak boleh hantar anak, orang lain pun kena juga.

Menyusahkan orang betul.

#mentalitijamban

Share

Blog  / Complaints  / Health  / Parenting  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved