“Daddy, how bees make honey?”
Haha kacang jer ni. Benda basic, semua orang tahu. Aku pun jawab dengan konfiden.
“First, bees fly and find the best flower. So when they found one, they will stop and drink the errr.. err.. err..”
“Nectar daddy.”
“Yeah I know.”
“But why it take so long for you to answer?”
“I wanted to make sure I tell you the correct answer. I must think carefully.”
“Ohh, ok. Then daddy?”
“Once they drank it then they fly back to the beehive and keep the nectar inside it.”
“How they get the nectar out from the tummy?”
“Errr errr err..”
“Just like we pee daddy? The water come out?”
“Err err, wait, let me check.”
Aku terus Goggle cepat-cepat dan dapat jawapan.
“No, they passed it through their mouth to their friends inside the beehive.”
“Ohhhhh.”
Muka dia macam confuse.
“So daddy? How they make honey exactly? The one they drink is nectar, when it become honey? The bee doesn’t have machine in their tummy to make honey, rite?”
Fuhh, panjang aku kena explain tau.
Jom kita belajar sama-sama.
1. Lebah hisap nektar, simpan dalam perut. Kalau lapar dia makan sikit dan selebihnya dia bawak balik ke sarang. Dia transfer kat kawan dia melalui mulut. Mouth to mouth okeh.
2. Proses transfer mouth to mouth ni lah proses sebenar pembuatan madu. Enzim perut dan kibasan sayap lebah waktu transfer tu telah memanaskan nectar dan mengewapkan dia. Jadi nektar tadi telah dikeringkan jumlah air dia dan jadi pekat. Jadi madu dah tu, lalu disimpan dalam “honeycomb” dan ditutup dengan lilin sementara depa nak bagi makan anak-anak depa.
3. Setiap ekor lebah hanya menghasilkan 1/12 sudu lebih kurang setitik jer kot madu sepanjang hidup dia. Hidup dia pendek weh, 5-6 minggu sahaja. Ratu dia hidup 5 tahun.
4. Seekor lebah akan hinggap di antara 50-100 kuntum bunga setiap trip dia keluar bekerja. Sehari dia hinggap sehingga 2,000 kuntum bunga. Semua lebah pekerja yang dok kumpul nektar ini adalah wanita. Ehhh betina.
5. Satu koloni lebah ni ada sekitar 60,000 ekor. Hanya 15% jantan dan yang lain semua betina. Yang jantan ni dipanggil “Drone”. Kerja dia lepak dan tunggu nak mengawan sahaja. Itu jer fungsi dia, tak lebih tak kurang. Yang jantan ni makan pun bersuap okeh. Main telur betul lah.
6. Lebah pekerja decide bila depa perlukan ratu baru sama ada ratu lama dah tua atau hilang atau bila depa nak pecahkan koloni. Jadi depa pilih salah satu larva secara rawak dan pindahkan dia ke cell yang lebih besar.
7. Anak lebah yang akan jadi ratu ini diberi makan Royal Jelly, dan anak lebah yang bakal menjadi pekerja diberi makan “bee bread.” So yang makan Royal Jelly ni memang fizikal dia tu berbeza sangatlah. Menetas keluar tu memang terus jadi Ratu.
8. Lepas Ratu Lebah yang baru lahir, Drone akan keluar sarang dan ramai-ramai akan cuba mengawan dengan ratu di udara. Siapa yang berjaya, lepas mengawan terus jatuh ke tanah dan mati.
Kesiannn.
Now we know.
Leave A Reply