• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Hubungan Kanak-Kanak dan Air

10/07/2021

Kenapa anak-anak suka sangat main air?

Sebab air merangsang deria depa. Jangan lupa kita semua asal hidup membesar dalam air dalam rahim ibu kita. Itulah tempat yang sangat menenangkan untuk membesar dan berkembang.

So, jangan hairan kenapa anak-anak sangat suka dengan air. Kita yang dewasa ni pun suka kan?

Banyak kebaikan untuk anak-anak dalam proses tumbesaran depa bila bermain air ni. Selain merangsang deria, air membantu mengembangkan kemahiran motor halus dan kasar di semua peringkat umur.

Kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan mereka dipertingkatkan melalui tindakan seperti menuang, mencurah, menepuk, mengacau dan memerah air.

Apatah lagi di musim PKP ni kan, kolam plastik ni akan mengurangkan waktu depan dengan gajet. Lebih banyak aktiviti fizikal adalah lebih bagus.

Lepas main air depa punya lapar tu kan, boleh habis nasi seperiuk. Lepas tu depa letih dan depa tidur. Fuhhh lega baq hang.

Kolam macam aku tu boleh dibeli di Shopee dengan harga RM150 sahaja:

https://shp.ee/wihpwj4

Dia datang bersama pam elektrik. So boleh pam dalam masa beberapa minit sahaja dah siap. Cuma nak penuhkan air dalam tu mau sejam dua jugak.

Belilah satu agar kita satu keluarga dapat kebaikannya.

Aku pun lepak dalam tu.

Saja tak tunjuk gambar.

Seram.

#superdaddy

Share

Blog  / Gadgets  / Lifestyle  / Parenting  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved