Suspen aku bila tengok doktor dan nurse siap pakai PPE tu dok keliling aku.
Lepas tu dia inject something kat branula tu lepas tu dia suruh aku tarik nafas panjang-panjang. Dalam 3-4 kali macam tu aku macam mengantuk dan nampak blur jer.
Terus padam.
Sedar-sedar aku kat wad balik dah sambil pening-pening lalat. Terus capai makanan, lapar gila sebab puasa sejak semalam. Alhamdulillah, dah kenyang pun.
Ok apa terjadi pada aku sebenarnya?
Sabtu lepas, lepas Subuh aku sakit dada sebelah kiri. Jika tarik nafas dia punya sakit menyucuk tu rasa macam nak pecah jantung. Jadi aku bernafas pendek-pendek. Tarik nafas dalam sikit jer sakit macam nak pengsan.
So aku telefon adik aku minta dia datang tengokkan anak-anak dan aku bergegas ke hospital.
Di hospital depa suspek jantunglah sebab sakit tu kat bahagian jantung. Jadi kenalah aku tidur wad sebab nak buat macam-macam ujian. Maka buatlah pelbagai test dari ujian darah, kencing, echo, ct, stress, scope dan segala mak nenek testnya.
Test terakhir pagi tadi adalah masukkan kamera melalui mulut sampai ke dalam perut tu. Aku tak tau apa nama procedure tu, aku dengar scope jer. Seram kau, mujur depa bagi aku pengsan.
Lepas habis test tu maka selesailah 7 prosedur yang depa buat kat aku sepanjang 4 hari 3 malam di hospital ni.
Keputusannya, bukan jantung tetapi Gastrisis. Ada ulser di lapisan perut bahagian atas yang paling dekat dengan jantung tu. Ada juga bintik-bintik pecahan kecil pada lapisan perut.
Doktor kata sebab jadi macam tu adalah makanan dan stress.
Fuhh, stress pun punca gastrik sebenarnya.
Mujur yang lain semua ok. Darah, gula, kolestrol semua ok. Buah pinggang, hati, limpa, jantung semuanya cantik. In perfect condition, kata doktor.
Tapi pada umur macam gini aku kena jaga betul-betul. Risiko nak dapat penyakit lebih mudah. Kena selalu datang check-up.
Sebelum dia discharge aku tadi dia pesan 3 benda.
Jaga makan, jangan stress dan bersenam.
Baiklah, esok budak-budak 3 orang tu kena teman daddy dia berzumba dalam rumah.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan, semoga Allah sahaja dapat membalasnya.
I’m coming home.
Leave A Reply