• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

India. Now We Know.

07/06/2020

“Abang, I heard you got a new friend?”

“Errmm, how do you know?”

“I overheard your conversation with adik.”

“Mmm..yes, my new friend is Sanjaya. He lives in India, daddy”

“What?  Really?”

“Yes, we play Minecraft together.”

“Ohhh ok.  Is Sanjaya he or she?”

“He is a boy daddy, just like me.  Where is India daddy?  Is it far from here?”

“Yes, it is very far.  About 6-7 hours flight.”

“What do they have in India, daddy?”

“They have many things.”

“I know.  Taj Mahal is in India, right daddy?”

“Yes correct.”

“What else do they have there?”

.

Hmmm, jomlah kita belajar serba sedikit fun facts pasal India ni.

1. Republik India adalah negara yang kedua paling ramai penduduk di dunia (1.38 bilion) selepas China (1.4 bilion) dan di tempat ketiga ialah Amerika Syarikat (331 juta).

2. India mempunyai rangkaian pejabat pos terbanyak di dunia iaitu sebanyak 155,051 buah.  Dan satu-satunya pejabat pos terapung di dunia ada di Tasik Dal, Srinagar.

3. Mawsynram merupakan sebuah kampung di India yang merupakan tempat kediaman paling basah di dunia kerana hujan yang berpanjangan.

4. Perhimpunan Kumb Mehla oleh penganut Hindu adalah perhimpunan manusia yang teramai di dunia iaitu sekitar 75 juta orang.  Boleh nampak dari angkasa.

5. Konsep membersihkan rambut dengan menggunakan shampu adalah berasal dari India.  Perkataan shampu itu sendiri berasal dari perkataan Sanskrit “Champu” yang bermaksud mengurut.

6. Dam ular (Snake & Ladder) adalah berasal dari India.  Fuhh lama dah tak main ni.

7. India juga adalah negara yang rakyatnya bertutur bahasa Inggeris kedua teramai di dunia selepas Amerika Syarikat.

8. India merupakan satu-satunya negara di dunia ada Perakuan Hak (Bill of Rights) untuk lembu.

9. India juga adalah pengeluar susu terbesar di dunia.

10. Terdapat kira-kira 300,000 buah masjid di India iaitu terbanyak di dunia walaupun jumlah umat Islam di India hanya 14.2%.

Now we know.

#SuperDaddy
#SuperKids
#BedtimeStories
#NowWeKnow

Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved