Aku baru sudah mop lantai.
Awal pagi sebelum anak-anak bangun aku masak siap-siap. Lepas tu aku kemas rumah dan vakum. Banyak juga kalori aku terbakar akibat kerja-kerja tersebut.
Bila anak-anak bangun aku bagi depa makan kenyang-kenyang. Aku buka tv cerita Oddbods dan suruh diorang duduk diam-diam situ. Aku sambung bakar kalori lagi. Aku kemas bilik lepas tu kemas dapur.
Kemudian aku cuci bilik air pulak.
Agak kecewa bilik magic sponge yang beli kat kedai Eco tu dah habis atau aku cari tak jumpa. Jadi kena kudrat yang lebih untuk sental. Memang bermandi peluhlah.
Lepas selesai semua barulah aku mop.
Aku mop lantai guna pelembut fabrik jer. Dulu macam-macam jenis sabun pencuci lantai aku guna. Sejak korang pernah suruh guna benda alah tu maka aku terus terpesona dengan hasilnya.
Jadi aku terus menggunakannya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Resepi bancuhan pelembut fabrik tak kira apa jenama pun adalah sebanyak 1 penutup untuk sebaldi air. Namun, ada bahan tambahan yang membuatkan hasilnya sangat memuaskan hati.
Sesungguhnya dengan tambahan beberapa titik peluh yang menitis tap tap tap ke lantai dan dimop bersama bancuhan tadi nescaya kau akan sangat berpuas hati.
Sungguh.
Sekarang, aku duduk menulis sambil menikmati segelas air sejuk dari mesin penapis air yang tidak diservis mengikut jadual akibat PKP sambil merenung keadaan rumah yang perlahan-lahan kembali kepada bentuk asal sebelum dikemas tadi.
Dapat jugalah aku enjoy kekemasan, kebersihan dan kilatan lantai ini mungkin dalam 20 minit sahaja lagi sebelum semuanya berselerak dan melekit kembali.
Jadilah, dapat bahagia seketika.
Leave A Reply