• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Jangan Berhenti Tepi Highway

18/12/2021

Nak kongsi sikit pengalaman aku ni.

Aku adalah pemegang lesen memandu Jerman yang sah.

Benda penting yang sering ditekankan dalam bab pemanduan di Jerman adalah bila breakdown di highway, wajib keluar dari kereta. Wajib!

Berhenti di bahu jalan atau emergency stop (sana tak dipanggil emergency lane, ruang tepi jalan tu dipanggil bahu jalan) lepas tu semua penumpang kena pakai reflective vest dan semua keluar melalui pintu bahagian tepi jalan dan semua mesti cross dan menunggu di belakang guard rail tu.

Tak kira hujan atau panas, salji atau embun, siang atau malam semua wajib keluar dari kereta. Itu rules dia di sana.

Dan kereta tak boleh diberhentikan sesuka hati di bahu jalan kecuali breakdown sahaja. Kalau polis datang check kau berhenti sebab memang kereta breakdown maka selamat. Kalau berhenti sebab minyak habis, kena saman. Takde reflective vest tu pun kena juga tau. Kejam betul polis sana.

Sepanjang 5 tahun memandu di Jerman memang kerap juga aku jumpa kereta breakdown, dan nampaklah sekeluarga duduk menunggu jauh sedikit di belakang guard rail tu sementara bantuan tiba.

Praktis begini sangat mengurangkan kadar fataliti di jalanraya di Jerman. Aku rasa kita patut contohi benda yang baik. Kita semua patut sediakan vest pemantul cahaya dalam kenderaan masing-masing berserta torchlight dan juga segitiga amaran (reflective triangle) untuk kecemasan tu.

Langkah yang perlu kita buat bila breakdown,sama seperti yang dipraktikkan di Jerman iaitu:

1. Bila kereta mati, cuba halakan rapat ke kiri jalan serapat yang mungkin dan pasang lampu emergency atau hazard light tu dan bawa bertenang.

2. Masih di dalam kereta, segera pakaikan reflective vest (vest pemantul cahaya) pada semua penumpang dan berhati-hati keluar dari kereta melalui pintu di sebelah kiri.

3. Dah keluar terus langkah besi penghadang (guard rail) tu dan cari tempat yang selesa dan selamat untuk menunggu atau berteduh. Gunakan payung jika hujan. Jika kereta rosak di lorong paling kanan, keluar dan tunggu di pembahagi jalan jauh dari kereta. Jangan cuba menyeberang.

4. Pada masa yang sama, pemandu/penumpang bawa dan letakkan segitiga kecemasan pada jarak 150m di belakang kereta. Bukan setakat 10 langkah yer. Jarak berkesan segitiga kecemasan itu adalah pada jarak 150m di lebuhraya.

5. Hubungi segera pihak lebuhraya dan tunggu hingga bantuan sampai. Mohon save semua nombor berikut:
🚨Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
☎ 1800-88-0000
🚨Jambatan Pulau Pinang (PPSB)
☎ 1-300-1-300-03
🚨Lebuhraya Selatan hubungan Tengah (ELITE)
☎ 04-5031 1153
🚨Laluan kedua Malaysia-Singapura (LINK)
☎ 07-2788000
🚨Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (MTD)
☎ 03-6195 1111
🚨Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK)
☎ 04-396 6969
🚨Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
☎ 06-632 3060
🚨Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
☎ 03-5633 7188
🚨Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA)
☎03-9075 0505
🚨Lebuhraya Damansara-Puchong (LITRAK)
☎ 03-5632 9222
🚨Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
☎ 1800-880-999
🚨Lebuhraya Bertingkat Ampang (PROLINTAS)
☎ 03-4252 3122
🚨Lebuhraya SPRINT
☎03-7960 2000
🚨Lebuhraya hubungan Timur Barat (METRAMAC)
☎ 03-9173 2020
🚨Lebuhraya Shahpadu
☎ 03-3342 0564
🚨Lebuhraya Pantai Timur (NPE)
☎ 1300-88-1010
🚨Lebuhraya sistem lingkaran Kajang (SILK)
☎ 1800-88-1977
🚨Lebuhraya Pantai Timur-Fasa 1
☎ 09-547 9111
🚨Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
☎ 03-6038 5052
🚨Lembaga Lebuhraya Malaysia
☎ 03-8738 3000
🚨1MOCC
☎ 03-8000 800
Kes rempuhan di lorong kecemasan sering terjadi, apatah lagi di dalam keadaan cuaca yang buruk tak kira malam atau siang. Jika kita dah keluar dan jauh dari kereta, kalau ada rempuhan pun kita dah takde dalam kereta tu.

Ingat, jangan sengaja berhenti di lorong kecemasan di lebuhraya atas sebab apa sekalipun melainkan kereta rosak sahaja. Sangat-sangat merbahaya okeh.

Ikut langkah di atas. Sebelum tu sediakanlah alatan kecemasan dalam kenderaan masing-masing. Aku memang sentiasa ada vest https://shp.ee/26tdrcz dan segitiga amaran tu. Harap-harap tak perlu gunalah.

Kita ambil iktibar atas setiap kemalangan yang berlaku agar tragedi dapat dielakkan.

Khairul Abdullah

#superdaddy

Share

Blog  / Gadgets  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved