• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Jangan Sampai Terlambat

15/10/2021

“Tuan, kalau saya dah ada darah tinggi dan kencing manis, boleh tak ambil hibah? Masuk usia 40an ni dah ada macam-macam penyakit pulak.”

“Kalau dah ada penyakit, memang tak boleh nak ambil hibah encik, terutama penyakit tiga serangkai.”

“Hmmm itulah, masa muda dulu memang nak ambil tapi komitmen tinggi. Bila gaji dah ok, saya tangguhkan pula sampailah awal tahun ni dah ada penyakit. Rasa menyesal pula tak ambil awal. Ni kalau saya meninggal awal, memang perit isteri nak tanggung anak-anak yang kecik lagi tu.”

Begitulah.

Itu salah seorang client yang nak ambil hibah tapi dah tak layak. Ini benda biasa yang kami para ejen hadapi. Ramai yang nak ambil takaful tetapi yang ramai ni semua dah ada penyakit.

Dah terlambat.

Bukannya kami tak nak tolong, tapi syarat utama nak ambil medical card ataupun hibah mestilah sihat. Kalau ada sejarah sakit-sakit ringan, masih boleh mohon tapi client perlu menjalani pemeriksaan perubatan bagi memastikan mereka telah sihat sepenuhnya pada waktu permohonan.

Kenapa perlu sihat?

Sebab di dalam perlindungan takaful, semua peserta saling jamin menjamin di antara satu sama lain menggunakan dana tabarru’ dalam kelompok risiko yang sama. Kalau orang yang sihat tentulah risikonya tidak sama dengan orang yang sakit.

Sama jugalah risiko perokok dengan mereka yang tak merokok. Sebab itulah perokok perlu membayar caruman yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak merokok.

Kalau dulu, nak ambil perlindungan hibah memang mahal tapi kini harganya dah murah sangat.

Bagi yang inginkan pelan harga tetap, Great Eastern ada menawarkan Pelan Hibah serendah RM56.25 sebulan untuk perlindungan hibah RM250,000. Pelan ini juga ada add-on Perlindungan Sakit Kritikal dan Manfaat Tambahan Kematian Kemalangan yang boleh diambil bersama-sama.

Kalau rasa RM56.25 ini mahal, boleh ambil plan kami yang paling murah. Hibah RM100,00 dan bayarannya serendah RM20 sebulan. Cumanya pelan ini harganya bertambah mengikut usia setiap 5 tahun dan tiada sebarang rider. Ini adalah pelan masa terhad tau, akan tamat penghujung bulan 10 nanti.

Apa sangatlah nilai RM20-60 sebulan berbanding hibah yang dapat kita tinggalkan untuk keluarga tersayang kan?

Tidaklah mereka hidup meminta-meminta seandainya ditakdirkan kita pergi terlebih dahulu nanti.

Boleh hubungi team #superdaddy dan mereka akan terangkan dengan lebih jelas lagi.

Perlis/Kedah: wasap.my/60123838162
Penang/Perak: wasap.my/60163093819
Selangor: wasap.my/60162618916
KL/Putrajaya: wasap.my/60172104020
Negeri Sembilan: wasap.my/60175871583
Melaka/Johor: wasap.my/60163373643
Kelantan/Terengganu/Pahang: wasap.my/60193347961
Sabah & Sarawak: wasap.my/60192946074

Yang belum ada hibah tu, ambillah segera kita masih sihat kerana ianya sangat bermakna pada keluarga seandainya musibah menimpa kita.

Anggaplah itu sedekah jariah kita untuk orang-orang yang bakal kita tinggalkan. Kita nak tinggalkan duit yang banyak tapi takde pulak, harta pun takde. Jadi dengan ambil plan takaful ini kita ada “harta segera” untuk ditinggalkan kepada orang yang tersayang.

Mudah-mudahan menjadi amal jariah kita hingga ke syurga.

Aamiin.

#superdaddy
#greateasterntakaful
Share

Blog  / Health  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved