Kalau ada orang mengaku dia tu orang Jerman dan kalau korang nak pastikan dakwaannya itu betul atau tidak, maka korang jemputlah dia datang rumah atau buat temujanji dengan dia.
.
Katalah anda buat temujanji lebih kurang pukul 3.00 petang. Kalau orang tu sampai tepat jam 3.00 petang maka memang dia orang Jerman. Biasanya dia akan sampai 2-3 minit sebelum, dia pusing dulu satu round dan pukul 3.00 dia akan sampai ke tempat yang dijanjikan.
.
Kalau temujanji u di rumah maka tepat jam 3.00 petang tu barulah dia akan tekan loceng, walaupun dia sampai seminit dua awal.
.
Dia tak akan sampai atau tekan loceng lebih awal atau lambat dari waktu yang dijanjikan. Kalau dia telefon kata dia mungkin akan sedikit lambat pun dia akan tetap sampai pukul 3 juga.
.
Gigih sunguh orang Jerman ni di dalam menepati masa. Patutlah diorang tu maju yer tak?
.
Saya pernah ketinggalan keretapi ke luar negara akibat lambat beberapa saat sahaja. Pintu keretapi ditutup ketika saya hanya 2 langkah sahaja lagi untuk masuk. Bila dah tutup maka jangan harap nak buka baliklah. Belilah tiket baru yang berharga ratusan Euro.
.
Seorang pelanggan juga pernah beredar meninggalkan saya di tempat temujanji kerana saya terlewat 3 minit akibat tersalah stesen tram dan turun di stesen selepasnya. Kena berjalan jauh sikit dan ketika sampai di tempat yang dijanjikan, pelanggan tersebut sedang menutup pintu pejabatnya untuk beredar dan tidak mahu masuk kembali dan meneruskan perjumpaan sebab saya lewat katanya.
.
Kejam betul kakak pelanggan tu dengan saya.
.
Ambik kau. Siapa suruh lambat.
.
Sepanjang bekerja di Jerman, itulah kes lewat temujanji saya pertama dan terakhir. Dan tidak pernah ada orang Jerman yang lewat datang bila ada temujanji dengan saya hatta tukang pasang internet ataupun pembaca meter air dan elektrik sekalipun. Semuanya on time.
.
Saya yakin tidaklah semua atau bukanlah seratus peratus namun majoritinya begitulah sikap mereka di dalam bertemujanji. Bukannya saya nak memuji atau memuja mereka tinggi melangit, namun itulah kebenarannya dan contoh yang perlu kita ikuti.
.
Amatlah jarang sekali untuk berjumpa mereka yang sentiasa lewat atau tidak menepati masa.
.
Kagum betul aku dengan depa ni.
++++++++++++++++
P/S: Bagi yang ingin pergi dan melihat serta merasai sendiri pengalaman mengenal budaya serta cara hidup orang Jerman, bolehlah baca buku terbaru saya I’m A Backpacker: Germany. Ianya adalah buku panduan dan tips untuk kembara di bumi Jerman dan bukannya travelog. Harap maklum.
Detail dan tempahan di sini: https://goo.gl/forms/GIIYklQSIyQtbKz03
#ceritajerman
#khairulabdullah
#imabackpackergermany
#mentalitijamban







Leave A Reply