Dijanjikan 48 jam oleh pihak TM untuk menyelesaikan report saya. Namun selepas dah bagi 144 jam, isu masih belum diselesaikan.
Semalam technician call janji nak datang pagi dalam pukul 10.00 pagi. Saya menunggu sampai dah ke 1.30 petang, call tak berjawab. Call lagi dan lagi sampai sudah tak berjawab.
Call pula nombor 100, nak dapat cakap kena tunggu hampir 10 minit, dah dapat cakap transfer call pula kat department lain dan tunggu lagi sampai tak larat tunggu dan letak sahaja phone.
Jadi nak mengadu di mana?
Buat online pula, cuba chat pula. Giliran yang ke 145, takpe tunggu punya tunggu sampai dapat. Bila dah boleh dan mengadu masalah, diminta tunggu pula lagi 24 jam?
Seriously?
Ya Allah, kau berikanlah ketabahan dan kekuatan buat hamba mu ini.
Saya boleh sahaja menunggu sampai 144 jam, tetapi bila dah call dan bagitau nak datang hari ini jam 10 pagi maka saya kena balik rumah dan tunggu. Tinggal pekerjaan dan tercongok menunggu.
Untuk apa?
Untuk tambah sakit hati, untuk rugikan masa?
Come on lah Malaysian, bila berjanji tu tepatilah. Janji temu atau temu janji adalah sejenis janji yang bila kau tak tepati maka kau tergolong dalam golongan apa?
Sendirilah mau ingat.
Patutlah Malaysia lambat nak maju, sebab ramai benar orang macam ni.
Leave A Reply