Jom belajar cara buat pizza mudah dan pantas yakmat ni.
Yelah anak-anak kan suka pizza. Sama macam anak-anak aku ni. Aku layan jer apa budak-budak ni nak makan.


Pagi-pagi kedai pizza pun tak buka lagi nak. Tapi sebab daddy awak ni tukang masak yang handal maka kita buat dia guna jer apa yang ada.
Kita buat sama-sama doh dia okeh.
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu minyak masak
1 sudu susu segar, susu pekat, susu cair asal susu.
3-4 sudu air, tambah sedikit demi sedikit.
1 cubit garam.
Satukan semua bahan dan ulilah sebati dan sampai lembut elok. tak perlu nak tunggu naik ke apa ke. Just buatkan bentuk pizza dan letakkan toppings.
Sos pizza kalau ada bagus, kalau takde guna sos spaghetti tu, kalau takde juga guna sos tomato macam aku. Asal ada rasa tomato.
Toppings tu belasahlah apa yang ada. Biasanya sosej lah bebudak suka. Lepas tu taburlah keju mozarella atau apa sahaja yang ada.
Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 10 minit. Atau masukkan dalam airfryer ddengan suhu yang sama dan tempoh yang sama.
Oven tade, air fryer pun takde?
Kau letak atas kuali dengan api sederhana dan bertutup dalam masa 3-4 minit. Kau kena selalu jenguk takut hangit pula bawah dia. Nampak bawah dia dah perang dan cheese dah leleh tu maknanya siap dah tu.
Hidangkan dan makanlah dengan penuh kegembiraan.
Gittew.







