• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Jom Camping!

03/10/2021

Aku bawa anak-anak pergi camping.

Seronok kemain budak bertiga tu. Yelah first time nak pergi camping kan. Tapi takdelah bermalam, pergi pagi balik petang jer. Saja cari pengalaman dulu, bagi depa sesuaikan diri.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Dapatlah depa mandi sungai yang sejuk yakmat tu sampai kecut habis. Paling best lepas mandi dapat pulak makan megi panas-panas. Fuhhhh heaven betul.

Yang tak best?

Kau tengoklah gambar last tu. Mentaliti orang kita ni tak boleh nak buat apa dah. 70% yang datang berkelah akan buang sampah di perdu pokok atau ke dalam sungai sahaja.

Orang kita ni pulak jenis tak boleh tegur, nanti dia keluarkan parang.

Yang sedihnya datang camping, datang berkelah bawa anak-anak. Lepas tu ajar anak-anak buang sampah dalam sungai, di perdu pokok dan dimana-mana sahaja ikut suka hati.

So sampai kiamat pun kes pengotor dan buang sampah tak kira tempat ni takkan selesai. Diwarisi turun temurun.

Orang kita tak pernah rasa berdosa bila buang sampah ni. Kemain jaga habluminallah, tapi habluminannas kelaut. Baru lepas solat, buang pampers anak serta bekas polisterin dan plastik di perdu pokok.

Hmmmm.

Aku cakap anak-anak aku, buang sampah merata-rata ni berdosa.

Titik.

#superdaddy

Share

Blog  / Experience  / Lifestyle  / Parenting  / Peoples  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved