• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Jom Kemas Dapur Sebelum Tidur

28/09/2021

Aku baru selesai kemas dapur.

Ya Allah, dari pagi sampai ke malam sebiji cawan atau pinggan pun aku tak basuh kau. Punyalah malas. Dah guna biar sahaja atas meja atau dalam sink, nak guna ambil baru. Sampai sink pun dah penuh melimpah.

Berselerak gila dapur aku.

Takpelah, aku layan jer malas aku hari ni. Tadi anak dah tidur semua aku pun dengan malasnya turun ke dapur.

Gagahkan juga, bersihkan semuanya sampai bersinar. Kalau tak, esok pagi tengok dapur bersepah memang mood terus belayar ke laut dalam.

Pagi kita ni kan mulanya di dapur.

Kalau dapur tu elok kemas, nak buat breakfast pun semangat. Terus buat menu best-best untuk anak-anak. Dia punya semangat tu lain macam sikit. Tapi kalau berselerak, memang aku order sahajalah breakfast pun.

Lagipun tak elok tinggalkan dapur berselerak gitu dengan sisa makanan bagai. Nanti jadi makanan syaitan. Sisa kotoran juga buatkan kita mewarisi kepapaan. Rezeki payah nak masuk.

Jadi nak pesan kat semua, malas macam mana pun, jomlah kita kemas dapur sebelum tidur.

#superdaddy

Share

Blog  / Guides  / Lifestyle  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved