• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Jom Rebut Peluang Wakaf Sedekah Jumaat

17/07/2020

Hari ini hari Jumaat.  Saya nak kongsi peluang pahala.  Harapnya insyaAllah saya juga dapat tempias pahala.

Ada sebuah sekolah rendah Islam di Gurun Kedah perlukan bantuan.  Asbab reputasi sekolah yang terkenal di kalangan penduduk tempatan atas pencapaian dari segi akademik dan sahsiah, bilangan pelajar semakin bertambah.

Surau lama yang bersaiz kecil dan dah usang, dirobohkan untuk bina surau baru untuk memberi keselesaan kepada para pelajar.  Sementara surau baru siap, para pelajar terpaksa solat bersesak dan ikut giliran di kantin sekolah.

Mereka perlukan bantuan kita.

Hari ini hari Jumaat, ulama tersohor dunia, Ibnu Qayyim pernah berkata, “Sedekah pada hari Jumaat itu lebih utama berbanding sedekah pada enam hari lainnya seumpama bersedekah pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lainnya”

So jom rebut peluang wakaf sedekah untuk dana surau baru Sekolah Rendah Agama Al-Akhlak Al-Islamiah (Sekolah Integrasi Faizin).

Mereka sedang mencari 30,000 dermawan yang boleh wakaf hanya RM10 sahaja. Tak rugi kita derma, insyaAllah akan tambah rezeki lagi.  Pahala pula tak putus-putus selagi mana surau digunakan.

Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah, datuk nenek dan keluarga yang masih hidup ataupun dah meninggal dunia.  Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan.  Sahabat-sahabat boleh buat sumbangan melalui:

Bank : BANK RAKYAT
Nama : SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH
No. Akaun : 1106 5100 1625

Email : surau.sra.faizin.gurun@gmail.com

Alamat Sekolah:
Sekolah Rendah Agama Al-Akhlak Al-Islamiah
(Sekolah Integrasi Faizin)
Guar Chempedak,
08800 Gurun, Kedah

PS. Kongsikan posting ni pun insyaAllah akan dikira sebagai wakaf amal jariah kita. Terima kasih.

Share

Blog  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved