• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Jom Travel Dengan Buku

23/08/2021

Gais, memandangkan sempadan belum dibuka, nak travel pun tak boleh, apa kata kita baca dan hadamkan buku-buku berkisar travel ni dulu.

Boleh ler kita fefeeling berjalan dalam kesesakan Kota New York dan London, atau meredah kesejukan Kota Seoul dan juga berjalan melihat gemerlapan Hollywood. Mungkin juga berjalan antara runtuhan bangunan di Gaza memberikan kita perspektif yang lebih berbeza.

Antara buku-buku best yang boleh kalian baca adalah seperti di bawah:

1. Jom ke London
Cerita-cerita dengan latar kolej atau kehidupan universiti memang syok kan. Apatah lagi Siri Jalanan oleh penulis Teme berlatar kehidupan pelajar di London. Penulis Teme dan karya-karyanya sangat dikenali dan laku keras di kalangan pelajar-pelajar universiti.

2. Moh ke Korea. Annyeonghaseyo
Amboi…kemain ya watak-watak dalam buku Siri Aku Mahu Seoul dapat tiket ke Korea sebab menang pertandingan. Best berangan bila baca novel.😄 10% daripada novel diaduk dengan fakta atau penerangan tentang budaya Korea, bagaimana KPOP membina kejayaan industrinya dan ilmu geografi Korea (semua latar tempat adalah nama sebenar). Best kan!

3. Mahu ke Gaza?
Mari kita mengembara ke Palestin khususnya Gaza bermula dari zaman sebelum berlakunya percerobohan Israel Zionis melalaui komik. Komik ini penuh dengan sejarah pencerobohan Israel dan perjuangan rakyat.

https://PromoTerkiniBLINK.wasap.my

4. Kapal Terakhir
Mahu merasai bagaimana kehidupan tanpa matahari, diuji dengan makanan dicatu, serangan penyakit bagai tiada kesudahan? Apabila merasai kembara sebuah kehidupan di dalam kapal yang penuh penderitaan, hati mula berbisik, “untungnya kehidupan aku ini”.

5. New York
Jom mengembara di New York dan Washington antara tempat popular di bumi Amerika, membuka minda dengan info geografinya. Bagaimana rasanya apabila percutian yang sepatutnya menjadi kenangan manis bertukar tragedi. Jom dapatkan novel travelog thriller ini.

6. Ayuh ke Amerika.
4 Bulan Di Amerika ini adalah travelog pengembaraan Buya Hamka ke Amerika Syarikat pada tahun 1952 atas jemputan rasmi kerajaan Amerika. Seorang ‘kiyai’ ke Amerika, lebih-lebih lagi pada era 50-an sesuatu yang luar biasa. Malah Buya turut melawat Hollywood!

Banyak review ‘sedap’ mengenai buku ini oleh para pembaca, tau.

https://PromoTerkiniBLINK.wasap.my

https://PromoTerkiniBLINK.wasap.my

Jom kita mengembara. Klik sahaja link di atas untuk dapatkan buku pengembaraan sekarang.

#superdaddy

Share

Blog  / Books  / Knowledge  / Places  / Reading  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved