Sebulan yang lalu saya berfikir apakah yang boleh saya sumbangkan pada masyarakat dikala pandemik ini.
Pada PKP kali pertama tahun lalu saya melancarkan projek Infak Susu, hampir 3,800 keluarga team kami bantu dengan membelanjakan hampir RM380K hasil sumbangan kalian semua.
PKP kali ini makin ramai yang terkesan. Jadi saya fikir mahu sumbangkan ilmu dan pengalaman, biar yang terkesan itu dapat terus gagah berdiri dengan imu yang ada.
Lalu saya mulakan Kuliah Subuh #1 dengan berkongsi tentang peluang membina semula hidup dengan menjana pendapatan di Facebook dan menjadikannya sebagai karier.
Seingat saya kuliah pertama secara live di Facebook itu dihadiri oleh lebih 350 orang. Ramai sungguh yang perlukan ilmu untuk mengubah hidup. Lalu berlangsunglah sessi kuliah subuh seterusnya setiap hari berdiskusi tentang ilmu, tips dan teknik untuk menjadikan Facebook atau media sosial sebagai tempat untuk mencari rezeki.
Hari ini semua kuliah dan pembelajaran dijalankan di dalam sekolah kecil yang diberi nama KA Academy.
Selain saya, ramai guru dan pensyarah lain yang menyumbang ilmu, masa dan tenaga secara percuma (Fisabilllah) demi untuk memandaikan manusia dan bangsa.
Kepada semua barisan guru dan pensyarah, saya dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan sumbangan kalian di dalam akademi. Tiada wang ringgit yang mampu dinilai untuk jasa besar kalian, hanya syurga sahajalah yang layak sebagai balasan.
Kepada para pelajar, manfaatkan ilmu yang kalian dapat itu untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan juga negara.
Bagi yang belum sertai dan ingin mendalami ilmu tentang media sosial, penulisan, konten, fotografi, jualan dan sebagainya, jomlah sertai kami. Bagi yang ada ilmu seluas alam, sertailah juga kami sebagai tenaga pengajar yang memandaikan bangsa.
KA Academy adalah PERCUMA dan terbuka untuk semua yang ingin mencari ilmu dan meningkatkan kebolehan diri serta buat mereka yang ingin menabur bakti.
Semoga usaha kita semua dalam memberi dan menerima ilmu dapat memberi manfaat kepada orang disekeliling kita.
Semoga Allah memberkati usaha kita semua.
Mudah-mudahan.