Kau dah nak bertolak balik kampung malam ni kan? Jadi pandai-pandailah kau memandu tu nanti yer.
Kalau rasa jem, kau hentamlah ikut emergency lane tu. Pedulilah apa orang nak kata, asalkan kau lepas sudah lah. Hidup tu biarlah menyusahkan orang. Untung-untung ada lori berhenti kat depan yang kau boleh langgar.
Kalau kau tak suka pakai seatbelt tu jangan gatal-gatal nak pakai seatbelt malam ni. Biarlah, rimas kan kalau pakai. Untung-untung kalau eksiden nanti ada peluang tercampak keluar ikut cermin depan.
Kalau kau suka pandu laju namati pun samalah. Kekalkan momentum pemanduan kau tu. Untung-untung boleh beraya di hospital, atau lebih bernasib baik di tanah perkuburan.
Kalau kau suka bentang-bentang toto kat belakang buat anak golek-golek tu pun teruskanlah. Tambah bagi tebal sikit dan lagi sedap. Mana tau kalau brek mengejut nanti sama-sama dapat terbang secara berjemaah.
Kalau kau suka langgar lampu merah tu pun akan diraikan juga sempena musim perayaan ni. Untung-untung siapa langgar paling banyak lampu merah dapat duit raya. Kalau nasib lebih baik dapat pakej tidur dan makan di ICU.
Kalau yang tak suka atau tak reti bagi signal pun kau kipidap lah. Biarlah pemandu lain ramai-ramai pakat mendoakan “kesejahteraan” kau.
Kau kekalkanlah segala sikap kau di jalanraya tu.
Biarlah Malaysia sahaja yang berubah, kau “watlek watpeace” sudah.
.
.
KHAIRUL ABDULLAH
#satira
#sarcasm
#mentalitimasihjamban
#untunglahmalaysiamasihaman







Leave A Reply