Saya hanya bertanya samada di pejabat ini ada bahagian untuk menguruskan harta pusaka.
Dijawabnya dengan kasar dan keras kepada saya.
“Tak ada di sini.”
Sambil beliau bersembang dengan rakannya tanpa melihat pun kepada saya.
“Jadi di mana yer encik saya nak kena pergi ni?”
“Pergi ke Bukit Raja, Klang sana.”
“Ohh memang semua kat situ atau kena ikut daerah yer encik?”
“Tanah ni kat mana?” tanyanya kasar sekali.
“Di Shah Alam encik.”
“Pergi pejabat Petaling.”
“Pejabat tu kat belah ma….” belum sempat habis pertanyaan saya.
“Pergi pejabat Daerah Petaling!” dia mencelah dengan agak kuat sambil melihat ke arah lain.
Baiklah.
Malas saya nak tanya lagi dah dan terus saya beredar. Tak kuasalah nak kena herdik dengan pegawai kerajaan yang bekerja di kaunter sahaja pun.
Ramai sahaja pegawai di jabatan-jabatan lain yang saya pernah berurusan melayan pelanggan dengan baik dan penuh adab. Kebanyakannya begitulah.
Tapi yang ini, bukan main kasar dan bongkak lagi.
Dah tahun 2019 ni ingatkan dah pupus makhluk yang macam ni. Rupanya masih ada lagi.
Malangnya.
Leave A Reply