• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kawad Cam

09/04/2019

“Tulis nama hang kat kertas tu!”

Aku pun dengan tangan menggigil rasa nak terkencing tulislah nama seperti yang dia suruh.  Ditariknya kerusi dan dipusingkan lalu duduk ala gangster sambil merenung mata aku.

Sungguh aku nak terkencing.

Biliknya gelap, mejanya satu di tengah-tengah.  Ada dua kerusi, satu aku dah duduk, satu lagi baru sahaja pegawai bertubuh besar dan sasa itu duduk.

Hanya satu lampu sorot betul-betul menerangi meja itu.  Di atasnya terdapat sebatang kabel yang aku tak pasti samada dawai atau besi dan juga playar.  Aku tak pasti apakah kegunaannya.

Sebagaimana yang kau tengok di dalam tv ketika tertuduh di soal-siasat di dalam bilik yang gelap dengan diterangi sinar dari satu lampu di atas kepala itu, begitulah keadaan aku.

“Hang ada di mana tengah hari tadi?”

“Saya ada di pekan tuan.  Saya keluaq beli barang dan makan.”

Aku jawab tanpa ragu-ragu.  Dia renung sahaja dalam-dalam mata aku.  Terus disambung dengan beberapa soalan lagi sebelum diarahkan keluar dan masuk ke dalam bilik yang berkaca.

Rupanya di situlah bilik di mana tertuduh akan dikenalpasti.  Sama macam yang kau tengok di dalam movie bila polis nak kenalpasti penjenayah yang ada di belakang cermin.  Begitulah aku kena berbaris di tengah-tengah 9 orang suspek lain di dalam prosedur yang di panggil “kawad cam”.

Waktu tu aku dah tak pasti aku masih terasa hendak terkencing ataupun aku memang sudah terkencing.  Ketika sessi penerangan prosedur oleh ketua balai, dia asyik dok tuding jari kat muka aku.

Segala doa dan ayat yang aku ingat termasuk jampi serapah aku baca dalam hati semoga jangan dipilihnya aku sewaktu proses tu nanti.  Tak mahu aku bermalam di dalam lokap, tak mahu.

Begitulah, sewaktu tingkatan 5 di sebuah sekolah di tengah bendang, aku diangkut ke balai polis untuk dikenalpasti.

Kalau cerita kat Khaleef, Khaleel dan Khaleed yang daddy dia kena angkut dengan polis, mesti diorang tak percaya.

Whattttt? Are you serious daddy?

Tiga-tiga terlopong.

Cerita penuh aku tak nak tulis kat sini.  Korang beli lah buku aku nanti yer.

#sekolahtengahbendang

Share

Blog  / Experience  / Nostalgia  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved