• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Keberkatan 10 Hari Awal Zulhijjah

22/07/2020

Saya yakin hari ini mungkin ramai yang masih tak sedar yang kita sudah masuk dalam 10 hari awal Zulhijjah, yang sangat istimewa untuk umat Islam.

“Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai melebihi 10 hari ini (10 hari awal Zulhijjah)”

Mereka bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allah?”

Jawab Nabi SAW, “Ya, sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang berjuang dengan diri dan hartanya, kemudian dia tidak pulang kecuali mati syahid.”

(Riwayat Hadis al Bukhari, At Tirmizi, Abu Daud & Ibn Majah)

Jadi saya nak kongsi peluang pahala wakaf.  Semoga sama-sama kita dirahmati.

Ada sebuah surau di Taman Belimbing Fasa 2 & 3 Jitra dalam pembinaan.  Ada 400 keluarga Islam di situ.  Untuk jadikan surau ni sebagai hub penduduk, mereka telah mula bina dengan kutipan duit sesama mereka, namun masih tidak cukup.

Dah 70% siap, tetapi masih perlukan dana lagi untuk buat bilik air, bumbung depan belakang, karpet, kipas, lampu perabot yang jumlahnya hampir RM100,000.

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api” (HR At-Tirmidzi)

Mereka mencari 10,000 dermawan yang boleh wakaf RM10 sahaja.  Tak rugi kita derma, insyaAllah akan tambah rezeki lagi.  Pahala pula tak putus-putus selagi mana surau digunakan.

Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah dan keluarga yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.  Wakaf lebih satu lot dialu2kan.  Sahabat-sahabat boleh buat sumbangan melalui:

Bank : MAYBANK
Nama : PERSATUAN TAMAN BELIMBING FASA 2&3
No. Akaun : 5520 6851 6564

Email : surau.tamanbelimbing@gmail.com

Alamat:
Surau Al Fateh Taman Belimbing
Lot 196, Taman Belimbing
06000 Jitra Kedah

PS. Kongsikan posting ni pun insyaAllah akan dikira sedekah amal jariah kita untuk saham akhirat kita.  Terima kasih.

Share

Blog  / Peoples  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved