• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran

24/09/2021

Kalau nak insaf, baik korang baca buku ini.

Rasa banyak gila kelemahan kita dalam berumahtangga ni. Terutamanya sebagai suami dalam menyantuni isteri dan anak-anak. Kata kita sayang nabi, nak ikut sunnah, nak mencontohi baginda.

Tidakkah kita tahu yang Rasulullah SAW adalah sebaik-baik suami terhadap isteri-isteri serta anak-anaknya?

Pasangan suami dan isteri perlu saling melengkapi dalam membina keluarga. Dalam ketidaktentuan hari ini, perkara paling dekat untuk kita ubah dan perbaiki adalah diri sendiri. Yer baiki diri sendiri itulah yang paling penting.

Keluarga yang bahagia bukanlah keluarga yang tiada masalah.

Bukan juga bererti tiada anak yang tidak mendengar kata. Tetapi, bahagia itu hadir apabila ibu bapa tidak putus asa dan terus mendidik, seperti Nabi Nuh AS dengan anaknya.

Ia juga tidak bermakna tiada konflik antara suami dan isteri.

Bahagia datang ketika pasangan itu bersama-sama berusaha mengatasi masalah dengan penuh sabar, seperti Nabi Muhammad SAW dan para isterinya.

Hakikatnya, tiada sebuah keluarga yang sempurna di dunia ini kerana kesempurnaan itu milik Yang Esa. Kerana itu, kita harus memilih untuk terus menyayangi, walau apa jua cabaran yang melanda keluarga kita.

Dalam buku terbaru Ustaz Syaari Abdul Rahman, Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran ini, terdapat banyak kisah kekeluargaan yang boleh kita telusuri.

Untuk miliki buku ini, korang boleh klik link ni:

www.imanshoppe.com/KHAIRUL5IMAN

Atau masukkan kod diskaun KHAIRUL5IMAN di www.imanshoppe.com untuk nikmati potongan harga sebanyak 5% sehingga 30 September 2021.

So dapatkanlah satu untuk kita belajar dari kisah-kisah kekeluargaan yang diceritakan dalam Al-Quran.

#superdaddy
#bukuIMAN
#keluargadalamAlQuran
#imanpublication
#imanshoppe

Share

Blog  / Books  / Knowledge  / Reading  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved