Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita untuk bertemu dengan hari Jumaat di bulan Zulhijjah yang mulia ini.
Macam biasa, hari ni saya nak kongsi peluang pahala. Moga saya pun turut mendapat tempias sama kebaikan yang kalian semua lakukan.
Hari ini hari Jumaat, ulama tersohor dunia, Ibnu Qayyim pernah berkata, “Sedekah pada hari Jumaat itu lebih utama berbanding sedekah pada enam hari lainnya seumpama bersedekah pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lainnya”
Sebelum tu nak tanya pernah dengar Gabungan Dakwah Malaysia (GDM)?
Mereka ini sebuah badan sukarelawan yang menghimpunkan lebih 30 NGO yang fokus kepada mualaf dan dakwah non-Muslim seperti Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Hidayah Centre Foundation (HCF) dan lain lain di bawah satu payung.
Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia, di mana NGO-NGO dakwah kepada bukan Islam dapat disatukan di bawah satu organisasi, atas hasrat untuk melihat kewajiban dakwah dilaksanakan secara berjemaah.
Tahniah kepada NGO yang berusaha gigih untuk menjadikan gabungan ini satu realiti.
Untuk GDM terus bergerak aktif dalam medan dakwah, mereka perlukan dana yang stabil. Sesungguhnya usaha usaha dakwah kepada masyarakat majmuk pelbagai kaum ni secara HARMONI & menyatukan NGO NGO dakwah non Muslim agar bergerak sebagai satu jemaah melalui GDM adalah tanggungjawab kita semua.
Mereka perlukan bantuan kita.
“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api” (HR At-Tirmidzi)
Kempen Dakwah Masyarakat Majmuk 1.0
Mereka sedang mencari 10,000 dermawan yang boleh sedekah hanya RM10 sahaja untuk usaha yg mulia ini. Tak rugi kita derma, insyaAllah akan tambah rezeki lagi.
Boleh juga menyumbang wakaf keluarga atau yang telah tiada dengan niat pahala akan terus mengalir selagi mana dakwah ni terkesan kepada masyarakat majmuk insyaAllah. Sahabat-sahabat boleh buat sumbangan melalui :
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Nama : GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA
No. Akaun : 1211 3010 0657 87
Email : gabungandakwahmalaysia@gmail.com
PS. Kongsikan posting ni pun insyaAllah akan dikira sedekah amal jariah kita untuk saudara baru kita. Terima kasih.
Leave A Reply