• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kempen Prihatin Mualaf 1.0

28/07/2020

Kita masih berada dalam 10 hari awal Zulhijjah yang mulia.  Jadi saya nak berkongsi peluang pahala.  Moga saya pun turut mendapat tempias sama kebaikan yang sahabat-sahabat lakukan.

“Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai melebihi 10 hari ini (10 hari awal Zulhijjah)”

Mereka bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allah?”

Jawab Nabi SAW, “Ya, sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang berjuang dengan diri dan hartanya, kemudian dia tidak pulang kecuali mati syahid”

(Riwayat Hadis al Bukhari, At Tirmizi, Abu Daud & Ibn Majah)

Sebelum tu nak tanya pernah dengar Gabungan Dakwah Malaysia (GDM)?  Mereka ini sebuah badan sukarelawan yang menghimpunkan lebih 30 NGO yang fokus kepada mualaf dan dakwah non-Muslim seperti Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Hidayah Centre Foundation (HCF) dan lain lain di bawah satu payung.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia, dimana NGO-NGO dakwah kepada bukan Islam dapat disatukan dibawah satu organisasi, atas hasrat utk melihat kewajipan dakwah dilaksanakan secara berjemaah.

Tahniah kepada NGO yang berusaha gigih utk menjadikan gabungan ini satu realiti.

Untuk GDM terus bergerak aktif dalam medan dakwah, mereka perlukan dana yang stabil.  Sesungguhnya usaha-usaha dakwah kepada bukan Islam secara HARMONI & menyatukan NGO NGO dakwah non Muslim agar bergerak sebagai satu jemaah melalui GDM adalah tanggungjawab kita semua.

Mereka perlukan bantuan kita.

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api” (HR At-Tirmidzi)

Kempen Prihatin Mualaf 1.0.

Mereka sedang mencari 20,000 dermawan yang boleh sedekah hanya RM10 sahaja untuk usaha yg mulia ini.  Tak rugi kita derma, insyaAllah akan tambah rezeki lagi.

Boleh juga menyumbang wakaf keluarga atau yang telah tiada dengan niat pahala akan terus mengalir insyaAllah.  Sahabat-sahabat boleh buat sumbangan melalui :

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Nama : GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA
No. Akaun : 1211 3010 0657 87

Email : gabungandakwahmalaysia@gmail.com

PS. Kongsikan posting ni pun insyaAllah akan dikira sedekah amal jariah kita untuk saudara baru kita. Terima kasih.

Share

Blog  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved