• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kenapa Air Laut Masin?

06/06/2020

“Daddy, can we go to the Dead Sea?”

“Ehh how come you know about it?  Why you want to go there?”

“You know daddy, we can float in Dead Sea because it very salty.”

“Yeah, I know that too.”

“But daddy, why ocean water is salty?  Who put salt in it?”

“I think it is naturally salty.  It always salty from a long time ago.”

“But, why daddy?”

Hmmm, jenis payah nak puas hati ni jenuh jugak.

“Hmmm wait. Let me take the phone.”

.

Ok gais, tonite lesson.

First, kenapa air laut masin?

Sebabnya, semua garam terkumpul di laut.

Garam ni sebenarnya mineral yang ada di dalam batu batan.  Yer dalam batu, pasir semua tu ada garam.  Bayangkan betapa banyak batu-batan dalam dunia ni.

Hujan pula bila dia terbentuk dia menyerap karbon dioksida yang ada dalam udara.  Karbon ni bila bercampur hujan buatkan hujan berasid.  Kita tahu sifat asid adalah menghakis, kan?

Jadi, bila hujun turun dan kena batu-batan maka dia hakis keluar mineral garam ni.  Lalu mengalir bersama air menuju ke sungai dan seterusnya ke laut.  Setiap hari tanpa henti.

Proses ni berlaku jutaan tahun dulu lagi jadi semua garam mengalir bersama air sungai dan berkumpul di laut.

Haa, itu jawapan ringkas dan mudah dia.

Ada faktor lain lagi seperti batu-batan di dasar laut juga ada mineral ni yang mana gunung berapi dasar laut dan saluran hydrothermal turut mengeluarkan garam ni.

Sebab tu lah air laut masin.

Senang jer kan nak cerita kat anak nanti?

Now the fun facts:

1. Dianggarkan terdapat 35gram garam bagi setiap 1 kilo air laut. Semua garam di laut kalau dikeluarkan dan ditabur di atas lapisan permukaan bumi akan mencapai ketinggian bangunan 40 tingkat.  Kita semua kena pindah pi planet lain kalau gitu.

2. Tahap kemasinan air laut adalah berbeza di setiap tempat.  Secara umumnya laut lebih masin di kawasan sub-tropik sebab penyejatan yang tinggi dan kurang masin di kawasan yang kadar hujannya tinggi seperti di Khatulistiwa.  Tempat kita ni laut dia kurang masin sebenarnya.

3. Lautan tertutup seperti Laut Mediteranean dan Laut Merah jauh lebih masin kerana kedudukannya di mana hujannya kurang dan kadar penyejatannya sangat tinggi.  Bila air disejat jadi wap, garam tertinggal di laut.  So banyak gila garam dan jadi sangat masin.

4. Dead Sea atau Laut Mati dikatakan yang paling masin. Kadar garamnya sangat tinggi dan boleh buat kita terapung.  Tiada hidupan dan tumbuhan dalam laut tersebut kecuali mikrob.

5. Laut mati tu sebenarnya tasik dan bukannya laut terbuka.  Hanya sungai Jordan punca air dia dan dia tak bersambung dengan mana-mana laut di dunia.  Sejarah kejadiannya ada dalam Al-Quran.

6. Laut Mati bukanlah paling masin, sebenarnya Don Juan Pond di Antartica adalah yang paling masin dengan kadar garam dia 40%.  Laut mati cuma 30%.

7. Garam dalam badan manusia juga hampir sama kadarnya dengan garam dalam air laut.

8. Seorang yang beratnya 50kg mempunyai 200gm garam dalam badannya atau bersamaan 40 sudu teh.  Siapa yang lagi berat maka lagi banyaklah garam dan ragamnya.  Sila kawal garam anda.

So now we know.
.
#SuperDaddy
#SuperKids
#BedtimeStories

Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved