• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

kenapa sekolah antarabangsa?

12/09/2022

Orang selalu tanya aku kenapa hantar anak-anak ke private/international school?

Pertama sebab anak sulung aku Khaleef perlukan satu sekolah yang sesuai untuk dia.

Selepas doktor sahkan dia tak boleh masuk aliran perdana sebab social skill dia yang teruk, masuk PPKI pula tak sesuai sebab silibus rendah tak ngam dengan budak high IQ macam dia so aku cari alternatif lain.

Jadi aku kena masukkan dia ke kelas yang sesuai dengan IQ dia dan pada masa yang sama kelas mestilah kecil, tak ramai student so dia takkan overwhelmed dengan hiruk pikuk dari student lain.

Kedua, sebab payah juga nak daftar sekolah kalau alamat tempat tinggal kau jauh atau tak sama dengan sekolah. Aku nak sekolah area Putrajaya atau Cyber ni, tapi sebab aku duduk area Shah Alam waktu tu, so tak dapat. Terus hilang semangat.

Ketiga, nak tunaikan hasrat arwah isteri aku untuk sekolahkan anak-anak dia di international school.

Cari punya cari yang sesuai, jumpalah Abedeen Academy.

Sekolah dekat opis aku, sekolah yang moden dan lengkap. Student tidak terlalu ramai, kelaa yang kecil dengan maksimum 16 pelajar sahaja, tenaga pengajar berbilang bangsa, belajar banyak bahasa dan paling penting sekolah ni Islamic.

Lengkap semua ciri yang aku nak.

Alhamdulillah, Khaleef happy kat sekolah, dia dapat belajar dengan baik, dia score dan sangat excel dalam akademik. Cuma bab aktiviti lain dia masih struggle. Budak Autism, gitulah.

Adik-adik dia pulak tunjukkan perkembangan yang luar jangkaan aku. Dah pandai macam-macam. So aku happy sangat.

Memang hantar anak ke private school ni kos agak besar. Tapi itulah, kita parent ni akan buat apa sahaja demi anak-anak.

Kerja siang malam demi nak sekolahkan anak-anak.

So far, it worth it.

#superdaddy

#AbedeenAcademy

#CICMalaysia

Share

Blog

Ruqaiyah Rahman



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved