“Tak ada orang bagi kerja pada saya tuan, memang sampai sudahlah saya tak ada pengalaman kerja. Nak minta kerja semua nak pengalaman. Macamana?”
Betul juga tu kan?
Kena bagi kerja dulu barulah budak tu ada pengalaman. Tapi kalau takde pengalaman, nak bagi kerja pun kita takut.
Hmm dilema sungguh.
Aku antara orang yang mudah bagi kerja pada orang yang tak ada pengalaman. Tetapi aku pilih jugaklah. Kalau fresh graduate, baru grad bulan lepas masih tunggu nak konvo, inshaAllah aku bagi kerja.
Tapi dah setahun lebih dah grad, belum ada pengalaman kerja juga maka aku pun fikir panjang. Yelah, dalam masa setahun lebih tu kau buat apa?
“Cari kerja lah tuan, setahun dah, semua tak dapat.”
Mintak kerja apa?
Bila grad dalam bidang accounting maka dia harap nak kerja dalam bidang tu sahaja. Yelah, dah belajar akaun takkan nak kerja buat burger, ye tak?
Tapi di situlah silapnya.
Kerjalah buat burger pun, cuci pinggan di restoran, jadi sales promoter di kedai kasut, jadi mat despatch, jadi tukang siang ikan di pasar dan seribu satu macam kerja kalau nak.
Majikan kadang-kadang tu bukannya nak tengok pengalaman kerja kau dalam bidang yang kau belajar tadi.
Dia nak tengok kau punya komitmen, boleh tak kau ni bekerja, boleh datang on time tak, boleh tak terima arahan, boleh tak bekerja dalam kumpulan, boleh tahan kena marah tak, boleh respek rakan sekerja tak, boleh itu dan ini.
Dia nak bakal pekerja dia tu seorang yang rajin, boleh diarah buat itu ini, sanggup belajar dan buat benda yang diluar bidang, boleh multitasking. Orang begini majikan tahu yang sifat survival dia kuat. Maka dia akan memperkukuhkan organisasi majikan.
Kerjalah apa pun asalkan halal kerana ia tidak pernah merugikan bahkan menambahkan skil kau sebagai seorang individu. Allah nak uji dulu, dia suruh kau kerja goreng fries di McD dulu selama 2 tahun sebelum kau jadi manager di situ atau di syarikat lain dengan gaji 5 kali ganda.
Berusahalah, kerjalah apa pun selagi halal atau berniaga sendiri pun bagus kalau kau nak.
Semua kerja itu akan memberikan kau pengalaman dan itulah yang dipanggil pengalaman kerja.
Sekian.
KHAIRUL ABDULLAH
Dalam proses interview staff baru.
Leave A Reply