Gambar ihsan Google.
Covid dah semakin hampir dengan kita.
Aku check MySejahtera, kawasan rumah aku dia tulis Red Zone. Seram tau. Tadi aku call mak aku, aku pesan suruh duduk jer di rumah diam-diam. Tutup pagar jangan bagi orang datang.
Abah aku share video orang belakang rumah dah kena angkut pergi kuarantin. Jiran yang belah depan sana tu pun dah kena kuarantin kat rumah. Kes pun mencanak naik. Kluster raya gamaknya.
Lepas tu keluar paper pulak, orang kampung aku kena saman sebab buat kenduri kahwin. Hmmmm.
Ya Allah, lindungilah orang tua kami di kampung.
Gais, please lah, duduk rumah diam-diam okeh jika tak perlu keluar.
Total Lockdown yang nak bermula 1hb nanti ni pun macam manja-manja jer kan? Dah tak macam PKP mula-mula dulu. So, risiko sure masih tinggi jugak.
Yang dah vaksin tu mungkin akan tetap kena covid, tapi risiko dah tak tinggi dah. Tapi yang belum vaksin ni macamana? Tambahan lagi orang-orang tua, high risk weh.
So please, jangan kita jadi punca orang lain mati. Bersalah sepanjang hayat weh. Kita betul-betul jaga diri sepanjang 2 minggu nanti. Elakkan keluar jika tak perlu untuk dan elakkan risiko.
Kerajaan dah buat setakat mampu depa. Nak tutup terus semua sektor pun nanti macam-macam isu lain pulak. So selebihnya kitalah yang jaga kita, atas inisiatif kita.
Kesianlah pada kawan-kawan kita yang mak ayah depa semua dah pergi sepanjang seminggu dua ni gara-gara covid.
Kesian juga pada kawan-kawan kita yang jadi frontliner yang dah masuk tahun kedua belum berhenti lagi berhempas pulas cuba menyelamatkan nyawa. Juga pada abang polis dan abang askar yang berhujan panas mengawal sempadan. Depa ni semua pakat dibekukan cuti.
Jadi, jom kita tanamkan empati dalam diri masing-masing na, so that kita boleh hargai pengorbanan orang lain untuk kita.
Kita jaga kita.