• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kitchen Playset. Anak Lelaki Pun Boleh Main

28/09/2021

Kelebihan memasak dengan anak-anak atau bermain masak-masak dengan anak-anak bukan setakat bagi depa suka dan pandai masak, its more than that.

1. Meningkatkan kemahiran hidup. Anak yang suka memasak dan boleh memasak, campak kat mana pun dia tak kebulur nanti.
2. Menjadikan anak tidak memilih makanan. Bila depa reti dan pandai masak, inshaAllah depa makan apa sahaja, tak jadi picky eater.
3. Meningkatkan kualiti kesihatan. Kajian menunjukkan orang yang makan di rumah (home cooked) adalah lebih sihat dan bahagia. Jadi kita nak anak-anak sihat.
4. Membangunkan fizikal anak. Pegang, potong, gunting, gelek, gulung, susun semuanya ni menjadikan fine motor skils anak-anak lebih bagus.
5. Kebijaksanaan. Anak-anak belajar berkomunikasi, belajar mengira, belajar sains melalui memasak ni. Kalau ada playkitchen ni depa belajar memasak, berjual-beli dan macam-macam kemahiran.
6. Membina hubungan yang baik. Anak-anak akan lebih bonding dengan mak-ayah, adik beradik, rakan-rakan. Depa akan belajar berkerjasama dan bertolak ansur.


Haaa, itu serba sedikit kebaikan bagi anak-anak memasak bersama kita dan jua main masak-masak sendiri atau bersama adik beradik dia yang lain.

Aku harap anak-anak aku ada basic skill memasak ni.

Benda penting untuk survive ni. Bukan tentang masak apa yang sedap, tetapi tentang kebolehan mengolah barang asas kepada makanan. Contohnya kalau ada tepung sahaja, apa yang dia boleh masak dengan tepung tu. Apa sains di sebalik tepung, air, garam dan telur.

Once dia ada that skill, inshaAllah dia tak kebulur dan boleh hidup di mana-mana sahaja.

Ehhh, ehhh, lagi satu.

Memasak tak menjadikan anak lelaki kita lembut dah lemah gemalai macam sotong okeh.

Macam aku ni, kekal kacak dan macho jer pun.

Dan, pandai masak sambal sotong.

#superdaddy

p/s: Kitchen Playset macam dalam gambar tu boleh beli di sini:

https://shopee.com.my/Galaxy-103-CM-Large-Wooden-Kitchen…

 

Share

Blog  / Gadgets  / Lifestyle  / Parenting  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved