
Pelik kan bunyinya?
Kenapa pulak kos sara hidup di Jerman ini lebih murah berbanding Malaysia? Agak sukar untuk dipercayai, tetapi itulah hakikatnya.
Biar saya ceritakan dan hujahkan mengapa saya berkata sedemikian.
Kita selalu melihat nilai tukaran matawang asing sebagai penentu tahap mahal dan murah sesuatu barang. Sekiranya nilai tukaran asing menjadi kayu pengukur maka tajuk artikel saya pada hari ini adalah semestinya salah. Tetapi harus diingat, kos sara hidup perlu ditentukan dan diukur dengan nilai matawang negara masing-masing. Oleh itu, barulah adil untuk dinilai serta kemudia dibandingkan harga-harga penentu kos sara hidup tadi dengan negara-negara lain.
[quote]Ini kerana, saya tinggal dan bekerja disini, maka saya adalah orang yang paling layak menentukan samada kos hidup saya di sini adalah amat mahal atau murah[/quote]
Saya bukanlah pakar ekonomi, jauh sekali sebenarnya. Namun itu tidak bererti saya tidak boleh bercakap sedikit sebanyak tentang ekonomi di dalam ruang lingkup pengetahuan saya. Saya tidak mahu berhujah dari segi perspektif, ekonomi secara literal, inflasi dan sebagainya, saya cuma ingin membentangkan hujah saya di dalam persepektif umum secara terus tanpa mengambilkira faktor nilai tukaran asing.
Ini kerana, saya tinggal dan bekerja disini, maka saya adalah orang yang paling layak menentukan samada kos hidup saya di sini adalah amat mahal atau murah. Saya juga tinggal di Malaysia, negara kesayangan saya dan saya boleh bandingkan perbezaan kos-kos sara hidup di kedua-dua buah negara ini.
Nilai tukaran asing.
Semua sedia maklum yang Euro adalah lebih bernilai tinggi daripada Ringgit. 1 Euro adalah bersamaan 4 Ringgit Malaysia. Sekiranya saya pulang ke Malaysia membawa wang tunai 1000 Euro maka wang tersebut akan secara automatik akan bertambah 4 kali ganda menjadi RM4000. Sebaliknya sekiranya saya membawa RM1000 ke Jerman ini, saya hanya mendapat Euro250.
[quote]Hakikatnya – pendapatan adalah sama cuma matawang yang berlainan[/quote]
Pasti tidak adil untuk dibandingkan bukan?
Namun adalah adil untuk dibandingkan di mana pendapatan atau gaji bulanan bekerja di Malaysia dan di Jerman ini secara relatifnya adalah sama. Sebagai contoh, seorang guru sekolah rendah di Malaysia berpendapatan RM2,000 sebulan dan begitu juga di Jerman guru sekolah mendapat bayaran yang sama cuma di dalam matawang Euro. Seorang graduan yang baru mendapat kerja sebagai jurutera bermula dengan gaji sebanyak Rm2,800 dan sama juga di Jerman bagi seorang graduan bidang kejuruteraan yang baru mendapat kerja.
Hakikatnya – pendapatan adalah sama cuma matawang yang berlainan. Tidak perlu berkata “Yelah, gaji dia boleh darab 4 dah jadi RM8000 lebih” . Tidak boleh dibandingkan begitu kerana dia hidup dan berbelanja di Jerman, bayar sewa, isi minyak, beli barang semua di Jerman, jadi nilai gajinya itu adalah untuk taraf hidup di Jerman.
[quote]Nilai RM dan Euro secara relatifnya adalah satu nisbah satu (1:1) iaitu RM1.00 adalah bersamaan Eur1.00 di negara masing-masing[/quote]
Sekiranya seorang graduan yang baru bekerja menyewa sebuah bilik dengan bayaran Rm250 sebulan, sama juga di Jerman di mana sewanya adalah Euro250. Sekiranya seorang graduan berbelanja sebanyak RM3.50 untuk sarapan, sama juga graduan di Jerman ini yang berbelanja Euro3.50 untuk sarapan beliau.
Jadi – nilai RM dan Euro secara relatifnya adalah satu nisbah satu (1:1) iaitu RM1.00 adalah bersamaan Eur1.00 di negara masing-masing. Namun nilainya akan berubah sekiranya ditukarkan dan digunakan di negara yang berlawanan.
Harapan saya agar anda jelas dengan perbandingan satu nisbah satu yang saya jelaskan di atas. Maka adalah paling tepat untuk kita beranggapan bahawa pekerjaan dan pendapatan saya dan anda di Malaysia adalah sama dari segi nilainya sekiranya kita sama-sama bekerja sebagai seorang pelayan restoran dengan gaji bersih masing-masing contohnya RM1,200 dan Euro1,200 sebulan.
Jadi, dimanakah yang lebih murah itu, sekiranya gaji sama, sewa sama dan makan minum juga sama?
Saya kemukakan satu senario mudah untuk menjelaskan hujah saya tadi. Di bawah ini saya senaraikan barangan yang perlu dibeli oleh kedua-dua pelayan restoran tadi untuk hari ini. Saya cuba dapatkan produk dengan jenama yang paling murah.
| Bil | Barangan |
Harga RM |
Harga Euro |
| 1. | 1 pek/kotak (1 liter) susu segar |
3.50 |
0.50 |
| 2 | 1 botol (1.5 liter) ice lemon tea |
3.00 |
0.49 |
| 3 | 1 kilo tepung gandum |
1.30 |
0.60 |
| 4 | 1 kilo gula |
2.40 |
0.80 |
| 5 | 1 ekor ikan siakap saiz sederhana |
5.00 |
4.00 |
| 6 | 1 buku roti saiz besar |
2.60 |
1.20 |
| 7 | Sehelai t-shirt jenama Benetton |
30.00 |
14.00 |
| 8 | Sehelai jeans jenama Levis |
150.00 |
60.00 |
| 9 | Sepasang kasut jenama Converse All Star |
130.00 |
60.00 |
| 10 | Sebuah beg tangan wanita berjenama Longchamp – saiz standard. |
450.00 |
72.00 |
| TOTAL |
777.80 |
213.59 |
Jika dilihat dari senarai perbandingan di atas, pelayan restoran di Malaysia yang berpendapatan RM1,200 sebulan akan hanya berbaki RM422.20 manakala yang berpendapatan Eur1,200 di Jerman pula berbaki Eur986.41.
Sekiranya pelayan tadi hendak pergi ke Malaysia untuk bercuti, dia hanya perlu membayar Euro600.00 untuk tambang kapal terbang pergi dan balik menaiki Malaysia Airlines dan gajinya masih berbaki Eur386.00. Manakala bagi pelayan di Malaysia pula, dengan berbaki hanya RM213.59, beliau hanya mampu terbang ke Langkawi atau Penang dengan baki tersebut.
[quote]Tidak hairan juga sekiranya melihat pelayan restoran memandu kereta BMW dan membawa beg tangan LV.[/quote]
Sekiranya kedua-dua pelayan memiliki kereta dan pelayan di Malaysia memiliki kereta bersaiz kecil, dan beliau membayar ansuran sebanyak RM480.00 sebulan manakala pelayan di Jerman memiliki kereta saiz sederhana membayar pada kadar Eur160.00 sebulan. Untuk memiliki sebuah VolksWagen Beetles model terbaru, harganya adalah Euro16,000 dan di Malaysia harganya RM130,000 (selepas cukai 300 peratus).Belum lagi di lihat atau dibandingakan dengan kereta mewah lain seperti Bmw, Mercedes dan Audi.
Pelayan restoran di Jerman boleh memiliki pelbagai barangan mewah dan berjenama, membayar sewa, makan minum dan sebagainya hanya dengan gaji Eur1,200 sebulan.
Jadi, tidak hairanlah sekiranya rakyat Jerman adalah merupakan pelancong teramai didunia. Tidak hairan juga sekiranya melihat pelayan restoran memandu kereta BMW dan membawa beg tangan LV.
Dan tidak salah untuk saya katakan yang kos sara hidup di Jerman ini adalah lebih rendah berbanding Malaysia. Namun….harus diingat yang cukai pendapat disini adalah antara yang tertinngi didunia iaitu diantara 20-48 peratus daripada gaji anda yang dipotong terus setiap bulan.
Sanggupkah anda memberikan kepada kerajaan sebanyak 48% daripada gaji anda setiap bulan? ENTAHLAH..I Dont Know.








190 Comments
Hwaaaaa memandu VolksWagen Beetles dan BMW??? Saya kerja 10 tahun pun belum tentu boleh beli beetles…sadis sungguh orang German ni yer..
Kawan saya kat UK pun kata gitu. Katanya kalau masuk pasaraya dengan GBP50 dia boleh keluar pasar raya dengan troli yang menyenangkan mata memandang sebab barang boleh beli banyak tapi kalau RM50 kat TMC Bangsar, apa ada…sedey ooo sebab mahal yang amat.
Baru tadi saya dok sembang dengan NP pasal mata wang luar negara dan RM Malaysia…kalau nak p German berzaman la kami kena menabung dalam tabung gajah..uhuk!
volkswagen & bmw memang murah kat german sebab volkswagen & bmw buatan german. kat malaysia bukan sahaja mahal 300% tambah cukai tapi kos import tu dah berapa? kerajaan buat mahal sebab nak jaga kereta buatan malaysia yang sedang baru membangun. bandingkan la kalau harga kereta proton & perodua dengan bmw & volkswagen sama. mesti ramai orang pakai kereta buatan german daripada kereta buatan malaysia. akhir-akhir proton & perodua bankrup sebab tak dapat nak bersaing dengan kereta luar negara yang lebih maju daripada malaysia yang sedang membangun selepas 400 tahun dijajah. jadi kalau pasal harga barang tu saya tak mahu comment sebab kurang ilmu tapi kalau boleh kongsikan ilmu sedimikian. maaf kalau ada kesilapan.
Sekiranya saya membawa Euro10.00 ke pasaraya saya dapat membeli sekurang-kurangnya 5-8 barangan makanan asas spt gula, susu, roti, telur dan lain-lain lagi.
Kena upgrade tabung yg lebih besar dari gajah lah yer.
As salam Khairul,
No wonderlah ramai yg kerja & pergi negara maju spt Jerman, US, UK takmau balik… Tp Peru ni sama je lebih kurang Msia… cekik darah lebih sikit rasanye…
W’salam Marya,
Memang pun…sebab dengan pendapatan disini hidup kos hidup lebih rendah. Namun begitu harus diingat…cukai pendapatan juga adalah tinggi..di dalam kes pelayan di atas, beliau harus membayar cukai pendapatan dan cukai gereja serta insurans (wajib)hampir euro200.00 sebulan dan pendapatan bersih beliau cumalah Eur1,000.00. Namun beliau masih boleh melancong ke Malaysia 🙂
agreed with u… contoh: dengan ada 10 pound saya boleh beli mcm2 kat tesco extra(bayswater).. bayangkan 3 pound boleh beli cokelat cadburry yang kotak besar 2 kotak… kalau kat malaysia coklat cadburry kotak tu berharga RM49.00..
ooh i kena duduk german laa mcm ni..ada kerja kosong tak kat sana? haaa
@LW
jom cari tabung lain..
Net, betul tu. Kalau saya bawak 3 euro jer saya dapat beli 1 kotak susu segar, 1 botol 1.5liter ice lemon tea, sekilo tepung, sekilo gula, dan 10 biji telur.
Meh ler dok Jerman…kerja kosong banyakkk…akan tetapi…mesti pandai cakap Jerman lah. Kalau tak jangan harap 🙂
Ajak LW cari tabung dinasour.
@KA
kahwin dgn orang german atau kerja kat kedutaan german jelah…
@LW
lets do it…
Net – kawin dgn org Jerman…adalah option yang paling best 🙂
first of all kena pi german dulu…lawat u dulu then lawat ur german frens…ha ha ha…
Net, haaa??? saya sayang Malaysia…tapi bab calon2 ni…okeh lets do it..wakakaka!
LW, meh pakat2 cari calon kat sini 🙂
Net,
Jom..kita cari tabung mammoth..sama besar dah dengan dinasour tu..
LW, cari sorang dua bijik yer.
no no…empat biji, sebab i dah tambah lokasi destinasi..new zealand…kehkehkeh..berangan terlebih sudah!
wahhhh..4 biji yer…terlebih sudahhhhhh
good idea..
Patutla you tak nak balik duduk kat sini.. 😉
Ishhh..I nak balik, but not now.
Woww… no wonder la ramai yg bila dah duk sana, tak nk balik dah sini. Tp tu la, hujan emas negeri org..
Cam saya, duk kl, makan nasi bungkus lauk hati ayam dgn sayur dan air, tak lebih RM4.00. Kat trg, jgn harap nk dpt harga tu! But still, saya masih sayang nk tinggalkan Terengganu! Hahaha…
Su,
Setuju, hujan emas di negeri orang, dan lagi best di negeri orang sebenarnya…tapi sangat sayangkan negeri sendiri dan macamanapun akan tetap kembali ke negeri sendiri.
ai like 🙂
setuju sgt2 dgn tulisan KA ni
nak komen lebih saya bukan pakar
tp bab hbag longchamp dan VolksWagen Beetles model terbaru,suka sgt
Irfa,
Terima kasih kerna bersetuju dengan saya. Longchamp tu kena time sale tukar season..lagi murahhhh oooo 🙂
KA..
harap dapat ke tpt KA satu masa nanti
hubby dah pegi masa main bola kat sana tp pegi dgn grup opis so sy x dapat ikut.gambar2 yg hubby ambik masa pegi sana..lawa sgt 😉
Irfa,
Jgn dtg tempat saya ni..takde benda sangat utk ditengok, kalau nak ke Jerman elok pergi ke Berlin atau Munich, lebih menarik.
Hubby datang main bola kat sini? wahhh..professional footballer ke?
eh taklah..dia join kelab sukan kompeni.
tak main sgt pun cuma ganti orang je
perlawanan persahabatan 🙂
munich mesti sgt cantik kan
Ohh..ingatkan pro footballer. Ye, bagi saya Munich lebih cantik dari Frankfurt dan Berlin adalah paling menarik. Paling cantik bagi saya adalah bahagian selatan Jerman iaitu di Bavaria dan Baden-Wuttermberg Bersempadan dengan Swiss dan Austria. Kawasan tanah tinggi dengan view yang sangat-sangat cantik.
Saya terjumpa blog ni secara tak sengaja masa search info pasal Jepun. Nice..!! Setuju sangat ngan pendapat KA. Agaknya, itu antara penyebab ramai rakyat Malaysia keluar dgn mencari rezeki diluar negara. Terlalu banyak beza dengan Malaysia. Saya yg kerja dgn Airline company pun nak terbang pi Germany sakittt…sebab gaji dibayar dalam RM…huhu. 🙂
Fida,
Nampaknya kena datang kerja dengan airline company kat jerman lah :). Ada beberapa orang rakyat malaysia yang bekerja dengan airline jerman ni.
Net,
Betul tu..dtg sini then kita cuba “pair”kan u dgn abang2 jerman ni 🙂
LOL 😀
SANGAT BETUL. i pnah argue dgn kwn i pasal ni, sbbnyer dia xpcy i ckp sara hidup kat nz n scotland jauh lebih murah.
saya pernah bekerja setahun di new zealand, dan sekarang bekerja di scotland. ketika di new zealand, pendapatan saya seminggu (gaji dibayar minggu) paling busuk NZD400 (kalau mood malas), paling tinggi NZD600 (time mmg rajin). saya keje biasa2 je, waitress, petik buah dll. tapi x rasa perit nak tanggung hidup mcm tanggung hidup kat KL.
sebabnyer kalau gaji paling busuk NZD400, sewa bilik seminggu NZD110, termasuk api, air(rakyat dapat free), fully furnished, masuk bawak beg baju je. mkan approx NZD40… barang2 makan mmg boleh dapat yang murah.
di sini scotland pon begitu juga, cuma gaji bulan je la. tapi sy keje cash job, so hari2 dpt duit ler.
kalau kite datang europe dgn duit RM mmg rasa mahal. cuba kalau kita tinggal sini dan keje, mmg rasa murah. sorry bro, tumpang bersyarah lak kat sini, hehe.
Pinkdiary,
Saya suka sebab awak tumpang bersyarah kat sini 🙂 Kita sama-sama kongsi pengalaman. Jadi semua orang boleh tahu.
Assallammualaikum,
alangkah bagusnya kalau ada politician yang membaca blog Tuan ini.. seringkali kami di Malaysia disuruh bersyukur dengan alasan harga barang2 di negara2 lain lebih tinggi dari Malaysia.. hehe
Thumbs up for this posting!
p/s: Bab harga longchamp kat sana tu mmg buat hati menggeletek nak ke sana! hahahah
W’salam Pn. Ayu,
Terima kasih. Walaumacamanapun tetap kena bersyukur kan? Apa saja yg kita ada ataupun tidak adalah rezeki drpd Allah..jadi wajib bersyukur. Namun memang terasa sebenarnya perbezaaan ketara kos sara hidup hidup di Malaysia berbanding di Jerman ni. Dengan kadar gaji yang sama, hidup terasa lebih senang di sini.
Akan tetapi, Malaysia tetap di hati 🙂
Forward ler artikel ni kat mana2 politician, so they know…hehehe.
p/s : Hahaha…pasal longchamp tu, kalau nak lagi murah – sila terus ke Paris.
salam khairul saya nak bertanya mengenai sistem pendidikan di german ada yang mengatakan bahawa sistem pendidikan disana diberikan percuma 100% dan bagaimana pula dengan student asing yang belajar di sana adakah free juga?
WanAtie,
Sistem pendidikan di Jerman boleh dikatakan percuma tetapi bukan 100% – cuma tiada yuran pengajian. Perlu membayar yuran lain. Di sesetengah negeri, pelajar perlu membayar yuran tuisyen dan juga yuran pendaftaran dan di sesetengah negeri lain pelajar hanya perlu membayar yuran pendaftaran.
Yuran tuisyen adalah lebih kurang 500euro/semester = RM2,000.00 manakala yuran pendaftaran adalah lebih kurang 50euro/semester = RM200.00
Student asing juga tertakluk kepada pembayaran tersebut. Sekiranya anda belajar di negeri yang tidak mengenakan yuran tuisyen maka anda hanya perlu membayar yuran pendaftaran. Namun – kemungkinan jumlah yuran akan berbeza. Itu saya tidak pasti.
Salam en khairul saya bercadang ke zurich dan terus ke munich . Mohon bantuan maklumat ttg kenderaan apa yg paling sesuai dan jimat. Dan berapa kos pengangkutan dan hotel sederhana dlm tempoh 3 hari. Dari munich saya akan pulang ke zurich semula utk fly pulang ke malaysia. Mohon info dan jika tak keberatan bole saya menghubungi tuan by phone?
Salam En. Azhar. Maaf kerana lewat membalas mesej tuan. Untuk makluman, sekiranya tarikh perjalanan tuan jatuh pada hujung minggu – sewa kereta adalah lebih murah iaitu sekitar 180euro untuk 4 hari (weekend rate) bermula dari jumaat sehingga isnin. Untuk meniaki keretapi, kosnya pasti lebih iaitu sekitar 120 euro ke Zurich dan juga ke Munich sehala. Untuk maklumat lebih detail, harap tuan dapat menghubungi saya melalui email – mr.khairulabdullah@gmail.com dan saya akan berikan detail serta no telefon saya nanti. Terima kasih.
Salam En. Azhar. Maaf kerana lewat membalas mesej tuan. Untuk makluman, sekiranya tarikh perjalanan tuan jatuh pada hujung minggu – sewa kereta adalah lebih murah iaitu sekitar 180euro untuk 4 hari (weekend rate) bermula dari jumaat sehingga isnin. Untuk meniaki keretapi, kosnya pasti lebih iaitu sekitar 120 euro ke Zurich dan juga ke Munich sehala. Untuk maklumat lebih detail, harap tuan dapat menghubungi saya melalui email – mr.khairulabdullah@gmail.com dan saya akan berikan detail serta no telefon saya nanti. Terima kasih.
Maaf bro, boleh x review skit perjalanan kesana dan mcm mne untuk dptkan kerja dan kelayakan mcm mne… tolong kasi info skit pasal kos belanja yg sepatutnya,,
Saudara Paduka Alam,
Soalan saudara terlalu umum untuk saya jawab secara tepat dan terperinci. Untuk mengupas secara khusus – saya perlu membuat entri khas berkaitan soalan saudara.
Namun saya cuba menjawab secara ringkas bagi memberikan sedikit gambaran kepada saudara.
1. Perjalanan ke sini? – Terdapat penerbangan terus menggunakan MAS dan secara transit melalui penerbangan lain seperti Singapore Airlines, Emmirates, Qatar Airways, KLM dan sebagainya yg akan mendarat di Frankfurt atau di Amsterdam.
2. Macamana nak dapatkan kerja? – Syarat paling utama adalah anda perlu fasih bercakap Jerman. Kelayakan adalah bergantung kepada bidang kerja yang ingin anda pohon.
3. Kos belanja? – Tambang kapalterbang adalah sekitar RM2500 sehingga RM12,000 untuk perjalanan pergi balik bergantung kepada syarikat penerbangan dan kelas. Belanjan penginapan adalah sekitar RM200 hingga RM1200 semalam bergantung jenis penginapan samada hotel, hostel ataupun homestay. Belanja makan adalah sekitar RM100 sehari (3 kali makan) dan belanja pengangkutan (keretapi) adalah sekitar RM30 sehari.
Terima Kasih Saudara Khairul Abdullah atas jawapan, mengenai soalan yang saya ajukan, walaupun sedikit tetap memberi sedikit pencerahan… amat di alukan untuk entri khas yang mungkin membantu rakyat Malaysia yang ingin kesana. sekian
Sekiranya mempunyai masa nanti Insha Allah saya akan tulis satu entri khas mengenai perkara ini. Terima kasih.
Salam tuan, saya akan menjalani program mobaliti selama 3 bulan di aachen. Berapa banyak wang diperlukan utk menyara diri, termasuk sewa bilik sekali.
Saudari Syuhada,
Berapa banyak wang adalah bergantung kepada jenis penginapan yang ingin anda sewa dan juga kos pengangkutan serta makan minum.
Secara kasarnya :
1. Sewa bilik sahaja : sekitar 200-300euro (RM800-RM1200) sebulan.
2. Sewa bilik+dapur+bilik air (apt 1 bilik/studio) : sekitar 250-400euro (Rm1000-RM1600)sebulan
3. Pengangkutan (keretapi+bas) sekiranya memerlukan : sekitar 3.20-6.00euro (RM13-RM24)sehari. Atau lebih murah beli pas bulanan iaitu dalam 70euro (RM280)sebulan. Boleh digunakan utk bas dan keretapi.
4. Makan+minum : sekitar 2-3euro (RM8-Rm12) utk sarapan (roti dan kopi/teh). Mkn tengahari sekitar 6-9euro (RM24-RM36) dan makan malam juga adalah sama. Purata adalah sekitar 16euro (RM64) sehari.
7. Sekiranya sewa apartment studio/satu bilik bersama dapur – adalah lebih jimat kerana dapat masak sendiri. Purata adalah sekitar 120-160euro (RM480-RM640) sebulan.
8. Talian telefon (prepaid atau postpaid) sekitar 20-30euro (RM80-Rm120) sebulan.
9. Internet sekitar 10-20euro (RM40-Rm80) sebulan.
Jadi purata perbelanjaan minimum anda sebulan adalah sekitar 800-1000euro sebulan.
Sekiranya anda seorang pelajar – pengagkutan adalah percuma – jadi anda jimat disitu. Sekiranya anda tinggal bersama rakan melayu anda boleh berkongsi memasak dan sebagainya – lebih jimat.
Saya harap penerangan di atas dapat sedikit sebanyak membatu saudari. Selamat maju jaya saya ucapkan.
salam, KA, nk tnye, mcm mne kita nk apply keje kt sna? perlu pergi kt german dlu cari keje ke or mcm mne ye? dh lama sy cari cara nk p sna, tp xtau nk start dr mana…
Saudari Nur Aina,
Bekerja di luar negara adalah tidak semudah yg dijangkakan. Saudari memerlukan permit pekerjaan bagi membolehkan saudari bekerja di sini. Untuk mendapatkan permit pekerjaan – saudari perlu ditawarkan pekerjaan terlebih dahulu dan tawaran tersebut boleh dikemukakan di pejabat imigresen Jerman bagi mendapatkan permit pekerjaan.
Namun, sesetengah syarikat mahukan saudari mempunyai permit pekerjaan terlebih dahulu sebelum menawarkan kerja kepada saudari. Harus diingat – sangat sukar untuk mendapatkan permit pekerjaan di sini sekiranya saudari bukanlah seorang professional bertaraf tinggi, seperti doktor, professor engineer dan sebagainya yang mana khidmat anda sangat diperlukan.
Cara paling mudah untuk memohon pekerjaan adalah dengan menggunakan agensi. Sila google utk mendapatkan agensi yang menawarkan perkhidmatan pengurusan pekerjaan di luar negara. Tetapi dengan cara ini..anda memerlukan wang yang banyak utk membiayai kos tersebut.
Cara kedua adalah dengan mencari kerja secara online. Sila google untuk tawaran pekerjaan yg diiklankan (kebanyakkanya iklan tersebut di dalam bahasa jerman. Cuba pohon dari situ.
Kalau ada saudara mara yang mempuyai bisnes atau syarikat di sini adalah paling bagus. Mintalah mereka menawarkan pekerjaan kepada saudari dan uruskan segala permit yg diperlukan.
Saudari boleh mencuba (mengambil risiko) dengan datang ke Jerman menggunakan visa pelancong (sah selama 3 bulan) dan mula mencari pekerjaan. Sekiranya dapat – mintalah majikan anda menguruskan permit pekerjaan tersebut. Dan selepas itu saudari perlu memohon juga resident permit (permit penduduk).
Harus diingat yang semua pekerjaan di jerman mengharuskan saudari untuk bercakap jerman. Sekiranya saudara tidak tahu bercakap jerman dan cuba memohon pekerjaan di bidang bukan professional bertaraf tinggi – saudari perlu belajar bahasa jerman sehingga fasih terlebih dahulu.
Selamat maju jaya saya ucapkan.
setuju 100%
perhhh pelayan pakai lv pakai bmw…
Gaji pelayan di restoran mewah adalah sekitar 3 ribu euro termasuk tips yg diperoleh daripada pelanggan. Manakala pelayan di cafe adalah sekitar 2200euro termasuk tips. Jadi setakat nak beli beg LV berharga 500euro atau membayar ansuran bulanan bmw sebanyak 150euro sebulan adalah tidak menjadi hal buat mereka.
Ye betul.
http://kamato.blogspot.com/2008/05/pendidikan-di-jerman.html
pegi kat blog ni.
salam. saya bercadang untuk menyambung pengajian di jerman. bagaimana kos sewa rumah di sana?
Kos sepertimana di negara lain juga, bergantung kepada jenis dan lokasi. Senang cerita awak bayangkan di Malaysia, di mana awak nak sewa – contohnya Apartment di Cheras sekitar RM800 sebulan, maka sama di sini Euro800 sebulan. Kalau nak sewa bilik di KL RM300 sebulan maka sama di sini Euro300 sebulan.
btul..kwn sy blaja sane pon ckp yuran jauh murah dr malaysia..d malaysia beribu.d german kalau tukar duit m'sia hanya ratusan.
Yer betul 🙂
saya pun tinggal di German dan Austria, mmg perbezaan kos sara hidup berbeza dgn malaysia. nilai kualiti hidup dgn kos sara hidup yg rendah dgn gaji yg didapati. ttp harus diingt ttg GDP di german dgn DGP malaysia jauh berbeza, Inflasi, Minimum wages dll yang berkaitan dgn sumber income ekonomi di sana. kalo di kaji dari perseptif ekonomi, pasaran, kewangan mungkin anda paham ttg sara hidup. jdk tidak boleh bandingkan kos sara hidup di negara maju dengan negara membangun..
Terima kasih atas penerangan anda. Seperti yang saya katakan di atas, saya membandingkannya dari perspektif seorang “layman” dan bukan seorang pakar ekonomi. Jadi jika perbandingan tersebut adalah salah, maafkanlah saya. Tetapi hakikatnya memang begitu.
Yep, hanya orang2 yg tinggal di jerman will definitely know the fact that the cost of living here is lower than in malaysia…cuba bayangkan nak makan a slice of cake in secret recipe u have to pay rm5, (and the salary is eg.rm1000) but here u only have to pay for about 2 euro and your salary is eg.1000 euro. What i want to share is that, to live GOOD in Malaysia u really have to fight for a high payable job because of the high cost of living…not to say that living here u don’t have to work but at least u can still bernafas walaupun salary tak byk mana…da ist nur meine Meinung.. 🙂
Liebe Nur Fauzana,
Vielen Dank für Ihre Meinung. Richtig!
mula2 pelik tapi da baca betul juga.paling best barang makanan.sen-sen pon ada
saya nak duduk di german juga hahhahaha
Nor Azam Haron Helmi haha.marila.ada satu bilik kosong ni
setuju..mmg terasa murah semasa ddk belajar di sana..saat2 sengkek pon..kalau ade 20euro je, pn dah boleh beli groceries utk 1 minggu.
Tabak 5euro tahan sebulan.heheheeh
makanan mmg murah, kuasa beli rakyat jerman tinggi, inflasi rendah
cukai, servis, cukai, servis, dan segala bil utiliti?
your thoughts are just simplicity…i mean, u live in a foreign country where your nafsu is somehow limited, you dont have to worry about cars, taxes, annual insurance payment, parking, high taxes on every aspects of infrastructures, mobility is very much cheap when you are a student, not anymore when you dont have that privileges. Yeah BC50, but, it is not like when you are in Msia, you must have a car, a big one, yes, a honda accord to show off? a passat to say I was working in Frankfurt? But it is a different story in Malaysia. Yes, inflation is high in Malaysia, so the food is not cheap relative to your salary. Yes the buying power in Germany is high, they are developed country (if you know what it should mean). I personally think, this comment is merely a personal idea who doesnt really have a full experience to live as a inhabitant in DE as if you are a Malaysian living in Damansara.
not to mention, buying a house, a piece of land, buying cheap apartment for investment, participating in properties’ auctions, bla bla bla…all about how you live your life.
I live in both countries. I pay taxes too. As a comparison we pay higher tax and insurans here in DE almost 40% of our salary. The only perk is we dont have to worry about toll and traffic jam. We also have nafsu to get a good car, a big car a good house a good house just like everybody live in every other part of the world.
I know the inflation is high back in Malaysia..and just to highlight my point again..as a layman who live in both countries (not from an economist point of view) with the same salary i have a better life here even after the 40% cutted out for taxes and insurances.
So youre wrong when youre saying that were not worry about taxes and annual insurance payment (which people in DE pay monthly taxes and insurances deducted straight from their salary)
cool, i thought i may be wrong too in some aspects, tapi ini satu pengenalan berilmiah drpd pandangan seseorang atas pengalaman nya yang lebih daripada saya. Thanks for giving your thoughts through my own opinion / first impression from your details as stated above.
Sy setuju..gaji engineer baru keje 2800 tp ayam seekor baru 5 euro makanan seafood jauh lg murah…bw 50 euro penuh satu troli
ada satu lagi benda penting yg membeza hidup kat jerman ngn kt mlsia: -> bila kita menyimpan: 500euro kt jerman and 500myr kt mlsia.
rasanya yuran da xyah bayar lagi mcm 4 tahun lps..free education. am least kat Bayern la
Perbandingan yang baik, sangat setuju dgn pendapat beliau..
Perbandingan yang baik, sangat setuju dgn pendapat beliau..
Afizan Aziz… this is what i'm trying to explain.. 🙂
Btol apa dia cakap. Kita di malaysia macam kena jerut leher dgn kerajaan
Btol apa dia cakap. Kita di malaysia macam kena jerut leher dgn kerajaan
UK murah jugok..
Malaysia jer dok rok mane lening
di sana bawa duit 100 euro boleh beli penuh troli brg dapur, sini …..
entry yg menarik….betul kata saudara mmng best di negara orang, disudut hati terkenang negara sendiri yg dicintai….apa-apa pun sampai masa kita kena berbakti di negara sendiri juga..siapa lagi yg dapat mengubah negara kita ke arah lebih baik kalau bukan kita semua
ilmu yg tak ternilai, mungkin tak aka jumpa dlm mana2 buku..terima kasih yg tak terhingga.
Sama-sama. Saya hanya berkongsi pengalaman. Semoga dapat memberi pengetahuan kepada kita semua.
mr KA,
selamat hari merdeka ke 56 MALAYSIA !!! 🙂
insyaallah 1 hari jj akan migrate ke jerman juga…
hope segala info dan pengalaman mr KA dapat jj jadikan panduan
dan rujukan yg berguna…
TQ sgt2 berkongsi cerita… 🙂
Sama2 JJ. Selamat maju jaya saya ucapkan dan semoga cita2 JJ tercapai. Aminnn.
100% saya bersetuju dengan anda. begitu juga bila saya melancung ke singapura baru2 ni..sblm ni saya dengar cerita taraf hidup di singapura mahal tapi bila saya lihat sendiri barang2 lbh murah berbanding malaysia jika tidak ditukar nilai matawang ke rm..inilah nasib rakyat malaysia..:(..bila saya beli brg2 yg harga dah naik saya selalu terfikir macam mana lah org2 susah nak survive dgn harga brg2 makanan yg semakin mahal..kesian mereka..itu saja yg mampu saya buat..:(
mia kena cari kerja kat europe…blh mama tumpang sekakiiiii….hehehehe
Fakta yg sy nk sebut, contoh: dgn nilai euro beli mnyk di Arab guna nilai euro atau arab? sdh semisti nilai hrga wang arab. Jd sdh tntu hrga mrh. Mreka jual mnyk d negara mrka dgn nilai euro. Kesimpulannya mrka beli hrga amat murah jual dgn brlipat kali gnda. Mrka jg tipu rkyt mrka.
contoh mudah: peniaga spore beli rambutan d malysia hrga RM2 1kg n d jual d spore jg dgn hrga SIN2. nmpk sama hrga tp sbnrnya peniaga spore beli dgn hrga hnya RM 1.20 1kg n buat untng RM 0.80 1kg. Rkyt mlysia pasti marah hrga spore sama dgn mlysia n kata spore brng murah
Nilai mata wang barat sbnrnya menekan dunia ketiga. Kenapa x faham situasi ini
Mmg laa mura brg kat sne dgn jumlah gaji bulanan. Akan tetapi org yg bekerja kt sne wajib byr cukai pendapatan walaupun mereka pelayan restoran atau cashier supermarket. Cukai kt sne pulak antara tertinggi didunia. Malaysia kira beruntung pekerja pelayan restoran, butik baju ataupun supermarket tak byr cukai pendapatan. Kirenye ramai rakyat malaysia yg terlepas bayar cukai. Kat German sesiapa yg bekerja wajib byr cukai pendapatan kecuali student shj.
Yer betul. Cukai dikenakan kepada semua rakyat tak kira tukang sapu atau kerani cabuk. Semua kena cukai. Bagi pegawai atau eksekutif yang bergaji sekitar 3000euro hanya akan bergaji bersih sekitar 2000euro sahaja setelah ditolak cukai dan insurans daripada gaji tersebut. Jadi kalau nak barang murah kat Malaysia..sanggupkah anda semua bayar cukai hampir 35% daripada jumlah pendapatan anda?.
Rata-rata rakyat Malaysia tak sanggup nak bayar cukai yang tinggi. Sedangkan cukai yang dah implement sekarang pun ramai yang mempersoalkan. Namun, saya rasa semua nakkan harga barang turun.
Jadi, bagaimana nak dapat harga barang murah tanpa perlu bayar cukai pendapatan yang tinggi? Hmm… I doubt it can be that way. Just sharing my thoughts.
Regards.
Kita sentiasa merungut dan tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Bayangkan pakcik bekerja tukang sapu kat sini dengan gaji 1000euro pun kena bayar cukai..dan kat msia sekarang ni gaji RM4000 ke bawah tak perlu byr cukai.
If you wanted to gain some..you have to loose some. If we wanted to have a lower cost of living and we ought to pay a higher income tax!
Salam Khairul, sy ni dah 32 thn dok M’sia tapi penuh kecewa. Ingat nak migrate la ke mana2 esp German. Walaupun sy dah berkerja di MNC company, namun keadaan politik memang menjelikkan. Terfikir pi dok negara org carik makan jadi kerani pon jadi la. Susah ke nak pi sana ? tambah dah beranak 2 ndan bersuami ni, ade cara ke nak carik peluang kat sana. Englisg languange ok ar..German blom lagi pandai. tq
Waalaikumsalam Pn. Marina,
Nak datang ke sini mudah..beli tiket, terbang dan sampai di sini. Namun untuk menetap disini tidaklah mudah. Pelbagai permohonan harus dibuat terlebih dahulu. Pergilah ke pejabat kedutaan Jerman di jalan tun razak dan dapatkan maklumat terperinci tentang cara dan kos utk berhijrah ke sini. Nak cari peluang kena lah datang ke sini, saya tidak memberi jaminan bahawa peluang ada, namun sekiranya kita berusaha, dimana2 saja di bumi Allah ini peluang dan kejayaan sentiasa ada. Kuncinya adalah usaha.
Bahasa utama di sini adalah Deutsch..hampir 100% dituturkan setiap hari di pejabat, kedai dan sebagainya. Hanya pelancong sahaja berbahasa inggeris di sini. Jadi sekiranya datang untuk bekerja dan menetap di sini..wajib tahu bertutur di dalam bahasa jerman. Untuk mendapat permit juga anda akan diinterview di dalam bahasa jerman bagi memastikan anda tahu bertutur dengan bahasa mereka sebelum diberi permit.
Assalamualaikum tn..suami sy sedang berkursus di Aachen selama sebulan..sy ingin memesan bag berjenama longcham dan periuk tefal actifry.. Di mana kah kedai yg menawarkan harga yang murah bg mendapatkannya..terima kasih.
Waalaikumsalam Pn. Alya,
Saya tidak tahu kedai mana yang menjual barangan tersebut di bandar Aachen. Kalau suami puan mempunyai masa atau sekiranya beliau pulang melalui Frankfurt maka boleh datang beli di Frankfurt – terdapat butik Longchamp dan juga pelbagai kedai lain yang menjual beg tersebut dengan harga yg lebih murah. Kalau nak lagi murah boleh ke Outlet Store di Wertheim Village iaitu 1 jam perjalanan dari bandar Frankfurt dengan menaiki bas. Harganya jauh lebih murah.
Bagi periuk Tefal Actifry boleh dibeli di Pasaraya Saturn atau Mediamarkt dengan harga yang paling murah. Kedai tersebut terdapat hampir di semua bandar di Jerman ini termasuk di Aachen.
Danke schöen 🙂 atas maklumat yg di beri… ( betul tak tu?) Semoga tuan mdpt perlindungan Allah walau di mana saje berada…sy seronok membaca catatan tuan dgn bahasa yang sangat teratur macam cikgu bm..tahniah semoga terus menulis dan berkongsi cerita…dan terima kasih di atas penerangan di atas..
Gerne! (welcome).
Sebutan tu dah betul ejaan jer salah sikit. Danke Schön atau Schoen dengan huruf “e” kalau tak guna ö. Kalau dah guna ö so tak perlu ada e. 🙂
Macam cikgu bm yer? Hahahah..saya cuba menulis dengan sebaik yang mungkin menggunakan bahasa Malaysia yang betul. Saya cuba elakkan bahasa pasar kerana orang Jerman boleh bangga dengan bahasa sendiri jadi kenapa tidak saya 🙂
"Dan tidak salah untuk saya katakan yang kos sara hidup di Jerman ini adalah lebih rendah berbanding Malaysia. Namun….harus diingat yang cukai pendapat disini adalah antara yang tertinngi didunia iaitu melebihi 30-35 peratus daripada gaji anda yang dipotong terus setiap bulan.
Sanggupkah anda memberikan kepada kerajaan sebanyak 35% daripada gaji anda setiap bulan? "
Penutup yang baik. Rakyat Malaysia bising2 nak harga barang murah, jadi maknanya sangguplah kalau kerajaan potong 30% cukai daripada gaji yang dapat tiap2 bulan?
"Dan tidak salah untuk saya katakan yang kos sara hidup di Jerman ini adalah lebih rendah berbanding Malaysia. Namun….harus diingat yang cukai pendapat disini adalah antara yang tertinngi didunia iaitu melebihi 30-35 peratus daripada gaji anda yang dipotong terus setiap bulan.
Sanggupkah anda memberikan kepada kerajaan sebanyak 35% daripada gaji anda setiap bulan? "
Penutup yang baik. Rakyat Malaysia bising2 nak harga barang murah, jadi maknanya sangguplah kalau kerajaan potong 30% cukai daripada gaji yang dapat tiap2 bulan?
@Suzane Khan,
If we wanted to gain something, we gotta loose something 🙂 Jadi sanggupkah rakyat Malaysia sekalian bayar cukai 30% daripada gaji anda setiap bulan (ditolak terus) untuk menikmati lebuhraya tanpa tol? untuk menikmati barangan yg murah? juga untuk diberikan kepada penganggur dan penagih dadah elaun setiap bulan supaya mereka tidak melakukan jenayah. Renung2kan lah.
Khairul M Abdullah, di Jerman juga, setiap individu yang berkerja, mereka secara automatik didaftarkan dan wajib membayar cukai – hatta berkerja secara sambilan ketika cuti musim panas pun tak terlepas dari membayar cukai, cuma sebagai pelajar, cukai tersebut akan dipulangkan semula.
Yer betul tak kira tukang sapu, pemandu teksi, lawyer, guru tadika atau sesiapa sahaja yang bekerja semua kena cukai.
Kerja petik buah banyak ke kat sana? kalau ada senang tak nak bekerja? takkan petik buahpun nak berGerman
Uwais,
Macam2 kerja ada di sini termasuk petik buah. Nak bekerja senang namun nak dapat kerja tidaklah mudah. Seperti yg saya ceritakan di artikel mengenai pekerjaan, hampir keseluruhan majikan di sini akan minta working permit dan juga borang cukai sebelum memberikan anda pekerjaan. Selain itu semua proses tersebut menggunakan bahasa Deutsch.
Ketika mula sampai dulu saya pernah memohon kerja menyusun kotak dan barangan di dalam stor namun ditolak kerana saya tidak tahu berbahasa jerman, walaupun ketika itu saya mempunyai borang cukai dan juga working permit. Katanya, macamana dia nak berikan arahan, macamana saya nak buat kerja dengan betul sekiranya tak dapat berkomunikasi dengan bos dan juga rakan sekerja.
Itu pengalaman saya, namun rezeki setiap orang adalah berlainan. Sekiranya mahu mencuba, selamat maju jaya saya ucapkan.
Saya rasa kurang tepat tajuk tu… lebih tepat kalau dikatakan Taraf Hidup di sana lebih tinggi dari di Malaysia
ini kerana nilai pendapatan itu sendiri tinggi sebab matawang mereka lebih tinggi walaupun angkanya sama
kalau harga keluli atau kereta atau gandum yg dijual oleh pengeluar itu sama nilainya dinegara mana pun (tanpa mengambilkira cukai)… maka harga yg perlu dibayar dlm matawang masing2 akan tetap berbeza dalam matawang yang berlainan kerana kelainan nilai matawang itu sendiri
memang tak dinafikan lah cukai barangan impot di malaysia lebih tinggi tetapi di sini cukai pendapatan tidak dikenakan pada kebanyakan penduduk dan kadarnya agak rendah berbanding di Jerman atau negara eropah dimana semua pekerja (hatta tukang cuci sekali pun) perlu bayar cukai pendapatan dan kadarnya agak tinggi
hanya pandangan orang biasa yg tak pakar ekonomi…..
Saya juga memberi pandagan sebagai seorang biasa yang tidak pakar ekonomi. Tajuk tulisan saya tidak mencerminkan isi kandungannya secara 100 peratus tetapi cukup untuk membawa maksud apa yang saya cuba sampaikan.
Mungkin tajuk saya salah dan mungkin tajuk tuan yang bertaraf Dr. lebih tepat apabila di lihat dari perspektif ekonomi, yang memerlukan kita melihat kadar nilai tukaran, kadar inflasi, kadar cukai dan sebagainya. Mungkin saya tidak faham secara total maksud “Taraf Hidup” berbanding “Kos Hidup” atau “Kos Sara Hidup”. Mengikut terma ekonomi mungkin “Taraf Hidup” adalah lebih tepat apabila membincangkan soal harga barangan berbanding “Kos Hidup” yang saya gunakan. Jadi maafkan saya.
Saya tidak belajar ekonomi maka saya tidak faham istilah ekonomi dan saya menulis atas dasar seorang biasa yang buta ekonomi dan membelanjakan pendapatan saya di sini. Tidak dinafikan matawang Euro adalah tinggi berbanding Ringgit. Namun bagi seorang rakyat Jerman biasa yang hidup disini dan tidak pernah keluar ke negara lain untuk membandingkan kadar nilai tukaran asing, kadar inflasi dan sebagainya bagi beliau dengan hanya 50sen beliau tetap dapat membeli sekotak susu segar.
Saya bukan menulis untuk memperlekehkan negara saya, saya bukan menulis untuk menghentam kerajaan atau menyalahkan ekonomi serta kadar nilai tukaran asing – cuma untuk berkongsi pengalaman saya di sini.
Ich mag Deutsch sehr gern seit ich war 13 Jahre alt aber meine Eltern wollen mich nicht diese Sprache in der Universität zu lernen. Ich mag Fremdsprache zu lernen. Ich spreche Malaiisch, Englisch, Arabisch, Französisch und Chinesisch. Am besten lerne ich Deutsch. Hoffentlich kann ich diese Sprache schnell lernen. Danke. nak ambil degree bahasa jerman la nanti. sori la kalau struktur bahasa jerman salah, lama tak communicate, tak da orang nak sembang
Blackheart,
Kenapa parents tak bagi awak belajar Deutsch? Saya tak boleh nak komen pasal grammar dsb sebab saya pun tunggang langgang – tetapi saya faham apa yg ditulis dengan jelas. Good job 🙂
nickname pun translate, haha..bila tinggal kat sekolah asrama, parents kurang ambil tahu tentang pencapaian subjek apa yg saya selalu score. asalkan subjek bahasa memang saya score, BM, BI, Jerman. Minat memang dari dulu dengan b.jerman, parents je tak tahu. dah terlajak ambil degree bidang lain, parents tak bagi tukar last minit. hati dah berbelah bagi nak ikut parents atau minat sendiri. hasil penulisan di blog ni bagi semangat balik untuk ambil b.jerman. ada hati gak nak jadi penterjemah, tak pun cikgu atau lecturer.
sometimes ada org cakap kerjaya tak meluas kalau degree b.jerman, betul ke? sebenarnya puas hati belajar benda yang kita minat.
even dah cuba belajar bahasa lain, b.jerman juga di hati. dua tahun dilema nak ambil degree b.jerman tak kesampaian, hanya Tuhan yg tahu. teringan juga nak melawat Deutschland kalau ada rezeki. -panjang pula bebel-
es gibt so viel Wege zu den Sternen.
Belajar apa pun di dunia ini kena betulkan niat terlebih dahulu. Jangan niat belajar sesuatu demi kerja. Niat belajar untuk dapat ilmu, dengan ilmu yg ada maka peluang utk kerja terbuka dengan luas.
Ini kerana awak tidak terikat dengan niat tadi. Awak belajar accounting dgn niat akan bekerja sebagai accountant. Bila dah grad awak akan cari dan tunggu offer kerja sbg accountant sahaja..padahal dengan ilmu yg sama awk turut boleh bekerja di bidang yg lain. Namun awk masih menunggu..dan tunggu..dan membuatkan awak menganggur lama dan daya survival awk menjadi semakin rendah.
Jika niat awk tadi belajar bahasa Jerman utk menjadi lecturer, translator atau cikgu maka ruang lingkup kerjaya awak hanya akan berkisar kepada 3 kerjaya tadi. Maka itu sebab orang kata susah dapat kerja..sebab awak hanya ada 3 pilihan tadi.
Namun dengan niat belajar utk mendapatkan ilmu, awak tak risau pasal pekerjaan. Dengan ilmu yg ada, dengan kefasihan bertutur jerman, awak boleh dtg ke Jerman dan bekerja sebagai penterjemah, kerani, accountant, marketing manager, customer service officer dan ribuan jenis kerja lagi yg memerlukan awk bertutur dlm bahasa Deutsch di sini.
Jadi usahlah disempitkan pemikiran dengan belajar sesuatu demi mendapat kerja. Belajar adalah demi mendapatkan ILMU.
sebenarnya saya tak tahu sangat tentang kerjaya b.jerman, cuma 3 tu yg boleh figure out. Mungkin sebab tu orang cakap kerjaya tak meluas. Saya pernah cakap kat parents yg saya tak kisah tentang kerja, janji saya dapat kepuasan belajar b.jerman kalau saya tukar course.
Sebab ada orang cakap tak kan tak nak kerja, sebab tu saya tengok skop kerja 3 tu ja yg nampak kalau kat malaysia.
kalau ikut kerja, saya nak pilih bidang IT mulanya sebelum berubah fikiran untuk belajar b.jerman yg saya minat sebab saya rasa belajar bidang yg kita minat lebih bermakna drpd belajar bidang IT hanya untuk kerja.
Thanks sebab bagi info tentang bidang kerja b.jerman ni luas cuma kita kena berani mencuba. Memang saya akan cuba sedaya upaya supaya impian ni tercapai dan doa selama ini dimakbulkan Allah.
assalamualaikum,
baru masuk sini
setuju dengan tajuk ni
walaupun cukai mahal,tapi hasil negara dinikmati bersama oleh semua rakyat
kalau kat msia nak implement cukai mahal, diharap saluran cukai itu membantu rakyat mcm kat sini, education yg almost free
Tak salah…tapi kahwin sebab kos sara hidup je la… Bukan senang diorang ni nak convert. nanti revert balik. Kat akhirat pasangan Islam kena tanggung…huhu. Nak kawin arab pun susah. Nama jer Islam. Serik dah aku…kui..kui..
Salam En. Khairul,
Saya nak mencelah sedikit. Di German kalau kita pasarkan batik Malaysia kita boleh dapat sambutan ke? Saya baru berjinak-jinak dalam bidang ni. Setakat ini, ada kawan kata USA berminat batik dari Malaysia tetapi corak flora yang besar-besar (batik lukis) bukan German. Macam mana nak ‘link’ perniagaan kat sana? Bahasa German sepatah haram pun tak tau.
W’salam,
Saya tidak pasti kerana jarang melihat orang jerman memakai batik. Sukar untuk link perniagaan di sini kalau tidak tahu berbahasa deutsch.
Salan En. Khairul,
Bagaimana wanita Islam yg bertudung bekerja di sana? Sebab saya pernah baca artikel , majikan di sana bias atau tidak mahu ambil wanita muslim bertudung bekerja dgn mereka. Apa pendapat En Khairul?
W’salam Suzana,
Sepanjang pengetahuan saya, tiada masalah bagi wanita yang bertudung bekerja di sini. Saya sering berjumpa ramai wanita bertudung bekerja di sektor perkhidmatan seperti cashier dsb. Saya juga sering berjumpa wanita bertudung yang bekerja di klinik2 dan hospital dan juga pejabat2 swasta.
Namun memang benar yang majikan disini agak “bias” di dalam memilih wanita terutamanya yang bertudung utk bekerja dengan mereka. Namun itu bukanlah satu halangan untuk menerka yang bertudung…Allah maha kaya dan rezeki ada di mana-mana bagi mereka yang mahu berusaha.
Terima kasih atas jawapan En Khairul
mmg kereta dieorg murah sbb dieorg pengeluar kereta kerajaan mlysia knekn cukai yg tinggi supaya duit kite x byk mngalir keluar negara
Slm… en khairul sye ttarik dgn atikel yg en tulis… boleh bg maklumat detail ttg cara mdapatkn kerja di sana… contonyer ijazah kita malaysia boleh guna x di sana… utk pengetahuan en khairul sye x fasih bbahasa english
@Almy Damia Saya pernah menulis secara detail bagi menjawab persoalan awak. Saya tidak pasti samada ijazah awak laku disini atau tidak, dan kalau tak fasih berbahasa inggeris tak kisah asalkan fasih berbahsa jerman. Sila baca di sini http://khairulabdullah.com/tips-bekerja-di-luar-negara/
KA,
Saya memang bangga menjadi pengikut blog ini…dan saya berharap ramai lagi rakyat Malaysia yang berada di perantauan mempunyai sikap dan pandangan yang sama seperti KA. Hujan emas di negeri orang, tetapi tanah air tempat tumpahnya darah tetap di hati.
Sedih melihat ramai rakyat Malaysia sekarang ini yang suka memburuk2kan negara sendiri. Memang betul harga barang mahal. Tapi kenapa hanya menilai dari satu sudut sahaja? Cukai…susah cakap. Kalau boleh semua orang tak nak bayar cukai.
Ramai yang nak “terima” sahaja tapi tak nak “memberi”. Pendek kata, kita hanya mempersoalkan apa yang kerajaan dah bagi, tetapi tak pernah bertanyakan kepada diri sendiri “apakah sumbangan kita kepada negara?”
Apa2 pun, saya berharap dapat menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti. InsyaAllah.
Twin,
Terima kasih sekali lagi kerana mengikuti blog saya yg tak seberapa ni. Walaupun di luar negara saya amat berbangga dengan negara saya..tanah tumpahnya darahku 🙂
Mudah2an puan akan sampai ke sini satu hari nanti. Aminnnn.
Salam. Pernah x buat tips sambung bljr di german? Kalau ada boleh x beri link 😀 thanks!
Nash,
Saya tidak pernah menulis atau berkongsi tips sambung belajar di Jerman – ini kerana saya tidak pernah belajar di sini maka saya tidak tahu. Saya tidak akan menulis benda yg saya tidak alami sendiri dan tidak tahu.
Salam Khairul, boleh tolong akak puan faridah anum,akan bercadang nak berhijrah ke zurich untuk mencari kerja kat sana, boleh tolong cari kan kerja di restauran rayat malaysia kita disana untuk akak.akak nak kumpulkan duit untuk naik kan balik perniagaan akan dimalaysia.akan kena tipu dgn kawan baik akak dlm 500k mengenai saham sampai sekarang tak dapat balik, akak dah buat aduan dan report polis tidak ada apa2 tindak pun .akan minta tolong sangat2 dlm 2 tahun sahaja akat nak berkerja disana.
@Faridah Anum
W'salam Kak. Agak sukar untuk saya carikan kerja utk akak di Zurich, Switzerland kerana saya tinggal di Frankfurt Germany. Tiada restoran Melayu Malaysia di sini kecuali restoran Chinese Malaysian.
Salam Khairul terima kasih kerana sudi menjawap. Alhamdullah semalam akak dapat berita dari kawan akan yang menyatakan dia ada kawan tinggal di zurich buka restoran Japanis dia orang melayu, isteri anak semua tinggal di sana, kawan akak tengah tolong usaha untuk akan berkerja dengan kawan dia di sana. Insyaallah kalau akak ada rezeki bertolak kesana, akak akan hubungi khairul. satu lagi akak nak tanya nak beli tiket terus ke zurich ka atau ke london dulu yg mana murah.
W'salam Kak @Faridah Anum
Tiada penerbangan terus dari KL ke Zurich. Kalau naik MAS perlu beli tiket ke Frankfurt dan dari sini sambung penerbangan lain ke Zurich. Atau kalau nak lebih murah boleh naik keretapi dari sini ke Zurich. Jangan beli ke London sebab lebih jauh dan lebih mahal lepas tu nak patah balik. Beli tiket ke Frankfurt dengan harga sekitar RM1900 sehala atau RM3,500 pergibalik.
Terima kasih Khairul .
pekerja berusaha untuk Jerman http://www.tta-personalmedizin.de
aku tak sanggup nk bg gaji aku kt kerajaan amalaysia skrg ni..klu potong, rasenye same je kualiti kehidupan kt cni..yg beza cuma pemipin dan isteri pemimpin yg bertambah mewah berbelanja..kakakaka….
Rasanya tajuk tu tak salah. Dlm artikel ni tak sebut mengenai pengeluar atau cukai. Cuma ckp mengenai pandangan pekerja di jerman berbelanja.
Mohd Faizal Ali mari duk kerteh la boh baru tau ape erti kehidupan…hahaha
Assalamualaikum en khairul sy nak tanya encik masih ada di german ke?
W’salam,
Yer saya masih berada di Jerman.
Envy you KA. Saya sudah baca your blog ..;D and sangat influence saya utk pgi sana one day. Finger crossed XD
KA..tq atas info yg anda tulis..
kesimpulannya lebih kurang sama je la ek? tp rasanya hidup di jerman, kita masih boleh menikmati berbelanja kerana taraf hidup yg rendah.
salam, saya berada di Munich sekarang selama 3 mggu. Akan beraya disini. Nk tanya kalau ada komuniti Malaysia yg bole saya join utk beraya.
W’salam Syamir,
Saya tidak kenal orang2 atau komuniti Malaysia di Munich. Namun kalau nak beraya di Frankfurt awak boleh pergi ke pejabat konsul besar Malaysia
@Khairul , terima kasih atas reply. nampak gaya raya sensorang ler hehe. . . x nampak pon muka2 malaysia kt area munich ni .
Salam. En khairul boleh saya share artikel ini?
Rohaniah Noor tau ke blog ni?
Silakan share 🙂
Yer saya masih di sini. Sorry lambat balas 🙂
Assalamualaikum KA..
Sy nak tanya. Byk x uni di german yg tawarkan course bisnes? Dan mmg tenaga pengajar akan ajar guna bahasa german ke? Sy tertarik utk smbg sana..
x heran la diorg bole pakai ifon 6.. kita ni nk pakai ifon jenuh kumpul duit.. oh malaysia kita
x heran la diorg bole pakai ifon 6.. kita ni nk pakai ifon jenuh kumpul duit.. oh malaysia kita
En Khairul, kalo kita nak kesana as a pelancong then cuba nasib cari kerja kat sana, ada tak peluang? Masuk as pelancong, so kena beli ticket return balik dak?
FeddyF,
Untuk masuk sebagai pelancomg memerlukan anda menunjukkan return ticket apabila tiba. Tanpa return ticket anda boleh diarahkan pulang serta merta. Sepanjang pengalaman saya hampir kesemua imigresen di eropah dan uk meminta anda menunjukkan return ticket atau bukti lain yang menunjukkan anda akan balik. Namun ada sekali sekala anda boleh terlepas kerana tidak ditanya oleh pegawai imigresen. Saya kira ikut nasib juga.
Saya sarankan anda beli return ticket kerana sekiranya anda dapat kerja, anda masih perlu pulang ke Malaysia terlebih dahulu untuk buat visa dan datang balik untuk proses permit dengan menggunakan visa tersebut.
Salam..sy masih stdy bachelor in accountancy di ipta tp ingin mecari peluang pekerjaan di Jerman..agak2 kalau sy duduk menyewa selama 6 bulan boleh ker?agak2 nye brapa sewa sebulan yerk?sy nak buat budget..so lepas stdy habis,sy akan ke sana mencari rezeki jika diizinkan..permit pekerjaan nak apply brapa yerk?tp slagi kta tak boleh bertutur dlm bahasa jerman..,rase nye agak susah jugak la kan….tp sy akan berusaha blaja bahasa jerman..
Alyna,
Untuk tinggal melebihi 3 bulan awak perlu mempuyai resident permit. Kalau awak masuk tanpa visa atau masuk sebagai pelancong maka awak boleh tinggal tidak lebih dari 90 hari sahaja.
Sewa apartment 1 bilik adalah sekitar €250 – €500 (RM1100 – RM2,100) sebulan. Permit Kerja boleh dipohon bersama permit resident dgn kos sekitar €80 (RM350). Semua pekerjaan di Jerman ini menggunakan bahasa Deutsch, jadi kalau tak tahu berbahasa tersebut maka agak sukar mendapatkan pekerjaan.
Ok terima kasih atas info ini…sy amat menghargainya…thanks…
salam saudara.. german di mana ya.. sy di bremen.. mohon email sy no phone saudara… hairryrosli@gmail.com
Salam En. Khairul. Saya akan pergi ke German (Passau) pada hujung minggu hadapan (16 Nov 2014). Boleh saya dapatkan sedikit maklumat tentang makanan halal di sana. Berapakah peruntukan yang saya perlukan untuk membayar makanan di sana. Terima Kasih
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKY GAJIH dan dia memberikan nomor AKY GAJIH,dia bilan kepada saya kalau AKY GAJIH bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKY GAJIH dan dengan senan hati AKY GAJIH ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKY GAJIH di 082 313 669 888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKY GAJIH dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya.. <b><a href="http://prediksi-akigajih.blogspot.com/2014/12/ramalan-angka-ritual-hari-ini.html" rel="nofollow">>>>>>KLIK DISINI<<<<<</a></b>
Betul..saya setuju dengan pendapat tuan. Saya kini berada di England. Taraf hidup untuk dua-dua negara memang berbeza. Saya berpendapat mungkin kerajaan tidak pantau apa yang berlaku di antara rakyat sebagai pengguna. Wallahualam.
Too bad that this article is only in bahasa.(my gf is probably move to germany soon)
I try to translate it a little bit with google translator. yes it is true that the living costs in germany “can” be cheaper, but it depends where you live. Example from bavaria:
salary of an engineer: 2000€(net) / rent of a small flat: 450€ / => rent is 22,5% of the salary
compare to malaysia:
salary of an engineer: rm3000 / rent of a small flat could be now rm400 (13% of salary)
all in all i would say living costs are quite the same. With german salary you can afford a more expensive holiday, but to buy a house or rent a house can be very expensive in germany. (100m²=100k€)
Dear Peter,
Thanks for taking your time translating and reading this article.
As for your example about renting a flat in both countries – in Bavaria you could have a flat for €450 but in Malaysia there is no way you could rent a flat for RM450 anywhere in a city like Bavaria or at par . Engineer normally live in a city near to their office. So in a city nearest to KL or about 2 hours commute from KL you still cannot get a flat at that rate.
BUT you can have a decent room for that price!
As for buying a house or flat. in Germany the rate is about €1 per square meter as in your example (100m2 = €100K) BUT in Malaysia there is no way you can get to that price. Nowadays the 100m2 (1,076 sqft) flat or we called an apartment is about RM200k++
Still way too expensive.
sorry i made a mistake. i mean 1000m² land for building a house is about 100.000€. Don’t know prices of buying apartments. At my place it is too expensive to buy a apartment. Most of my friends have a rent of 12€ for 1m² in Regensburg.
to the example of renting a flat. 22,5% salary of an engineer in malaysia would be rm675. I guess it this is possible to get a nice apartment in a big city (exepct KL)
okay to be honest, i don’t know the room prices in Malaysia. (i just guess)
It’s a really nice compare of Malaysia and Germany, cause i’m thinking to move for some years to Malaysia
En.khairul masih di german?? Sy bercadang untuk pergi dan tinggal di amsterdam. jd blh mnta pendapat dr en.khairul. blh sy dptkn email en.khairul krn ada beberapa soalan sy nk tnya lg
Sila click contact di menu utama blog saya dan anda akan dapat lihat contact saya di situ.
Maafkan saya kerana terlepas pandang pertanyaan awak. Saya pasti awak dah pulang ke Malaysia sekarang ni.
Slm…
saya bukanlah pakar ekonomi..hanya rakyat biasa yg berjuang utk terus hidup
Jika €1200(gaji sebulan)-€400(cukai pendapatan)=harga barang murah,pendidikan percuma..kereta murah..tiada cukai jalan..tiada tol..dan byk lagi ..
Jika RM1200(gaji sebulan)-RM400(loan bank)=baki gaji nak byr sewa rumah..ansuran kereta
bil astro..bil air ..bil elektrik..belanja dapur..minyak kereta..dan byk lagi yg saya tak mampu nak nyatakan…
Saya nampak ramai yang berpendapat kehidupan di Jerman lebih senang berbanding di Malaysia. Keadaan tidak sebegini pada 80-an dan 90-an. Selain menghayati kehidupan senang orang lain di luar negara, apa yang kita boleh lakukan sebagai rakyat untuk memberi sedikit sebanyak tenaga untuk membaikpulih kemerosotan ekonomi negara? Yang pernah ke negara maju, majoriti tidak akan pulang kerana masa depan negara yang kian gelap dirasai. Saya pulang dengan sedikit harapan.
Salam En khairul ..bagaimana nak dapat kerja di sana?
Sila baca artikel saya berjudul Tips Bekerja Di Luar Negara.
Saya juga pulang dengan sedikit harapan 🙂
Assalamualaikum KA, saya ada mengikuti penulisan anda mengenai Jerman yang pada saya sebuah negara yang sangat baik. Review mengenai Jerman dr rakyat negara lain juga adalah positif terhadap Jerman. Namun tatkala ramai yang yang memuji Jerman,bagaimana pula dengan kelemahan negara Jerman menurut perspektif anda? bagaimana dengan masalah PATI dan isu ketidakpuasan hati rakyat terhadap negara mereka. Sekian
Setuju dgn encik hafiz..saya pun berminat utk tahu apa yg rakyat Jerman fikirkan atau ketakpuasan hati tentang negara mereka- bak kata pepatah hujan batu di negara sendiri-
Menarik juga manfaat kat sana jika dibuat perbandingan disini. More pros than cons. Tapi nak buek camno, dulu aku tanak blajo pandai2, kalau tak boleh blajo n terus keje kat sana. adoi la…
Salam boss
Boleh bg penerangan serba sikit mengenai sosio ekonomi Hildesheim bagi yang dah berkeluarga
Terima kasih
Hye lilis.. kamu ade lobang ke kerja di amsterdam? Share2 la
Ade x sape2 ade lubang kat luar negara..x kisah la negara mana..share bleh??kerja ape2 la..sy major bach of acc..tp x kisah la ape keje..nk cari pengalaman…
Salam boleh bagi Idea negara mana yang terbaik utk migrate, Sweden,Switzerland or copenhagen denmark…tks
nak tanya kenapa tak berlaku inflasi di sana ?
SYUKUR TINGGAL
DI MALAYSIA..
#Ilovesemporna
SYUKUR..tinggal d malaysia
jauh lebih baik daripada kebanyakan negara di dunia
Sewa rumah di german mahal tak?
Salam En Khairul,
Saya in shaa Allah ke Amsterdam March ni. Just curious tukar duit di Malaysia dulu atau di sana lebih berbaloi?
terima kasih!
Waalaikumsalam,
Tukar di Malaysia. Di Eropah duit Malaysia tak laku, jadi sangat susah nak cari money changer yang sanggup beli RM.
ok, thank you so much encik Khairul! means a lot to me. kalau tak susah kat sana nanti. thanks!
en khairul. as salam. trm kasih untuk posting ini. saya suraya sedang belajar mba di unikl. dalam beberapa hari ni sejak smgu lepas,saya terpanggil untuk mencari maklumat tentang pendidikan percuma di jerman. tetapi dengan masalah ekonomi sekarang dan kesukaran untuk mndapatkan biasiswa untuk sambung belajar di luar negara menjadi lebih sukar dan persaingan hebat. saya terfikir untuk sambung phd di jerman. kebetulan saya menggoogle dan menjumpai artikal en khairul terima kasih sekali lg kerana menulis.
byk maklumat diperoleh dari artikel ini. saya berminat untuk menyambung dalam kajian ekonomi monetari dan fiskal polisi. dan dalam semester ini jg saya menerima 5 kawan dari luar ngara sebagai program pertukaran pelajar . 4 dari jerman 1 dari austria. (sema lepas dr itali). jadi mungkin sedikit sebanyak saya boleh mndpatkan maklumat tentang universiti dari mereka.
cume sebagai rakyat malaysia yg tinggal di jerman, boleh tak en khairul cerita pengalaman belajar bahasa jerman? adakah ia terlalu sukar atau bagaimana? berapa jangka masa sesuai untuk seseorg mahir dlm bahasa jerman sebelum die layak untuk ditemuduga atau memasuki ujian bahasa.
apa yang saya baca sebelum ini , pengajaran di universiti di dlm english tetapi saya bersedia untuk belajar bahasa jerman (sy minat bahasa, tetapi untuk cita2 dan menuntut ilmu, saya snggup belajar) . ada tak tips untuk cepat mahir dalam bahasa jerman ini?
*sorry ya panjang tulis. ini email saya sekiranya sesiapa ada maklumat untuk diberikan . surayazainol@yahoo.com)
Salam En Khairul,
In case En Khairul tahu, dekat mana saya boleh beli tefal products dan barang elektrik (i.e. toaster kenwood ke) murah di London dan Amsterdam.
thank you!
Nurul
assalamualaikum en. khirul boleh saya cotact nak tanya kos jika nak htr ank belajar di german