• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Laporan Trafik

12/08/2019

Okay, saya dah sampai balik.

Bertolak semalam dari kampung sekitar jam 10 dan sampai rumah jam 2.30 pagi.  Jalan clear baqhang.

Cuti raya kali ini saya terselamat dari terlekat di dalam kesesakan.  Tiada lagi episod terpaksa melepas di dalam botol seperti cuti Raya Puasa yang lepas.

Walaupun ramai orang tersangkut berjam-jam, katanya 3 kali ganda lamanya dari biasa, perjalanan saya pulang ke kampung halaman lancar.

Walaupun awalnya ternampak trafik lekat di Rawang, saya keluar cari jalan alternatif.  Masuk balik highway di Sungai Buaya dan keluar pula di Slim River.  Masuk balik di Tapah dan seterusnya lancar sehingga ke Kedah.

Cuaca pun baik-baik sahaja.

Sampai di Kedah, ternampak kesan-kesan ribut yang ditinggalkan dengan adanya pokok-pokok yang tumbang.  Namun cuaca menyebelahi kami.

Nak balik ke sini semalam pun memang saya rancang begitu.  Tidak mahu bertolak pada hari Isnin kerana takut terlekat di dalam kesesakan lagi dan anak-anak pun tak boleh berlama-lama di kampung.

Sekitar Sungai Petani ke Prai kereta agak banyak.  Namun selepas Juru maka kenderaan beransur kurang, dah boleh drive tanpa tekan brek.  Meluncur terus dengan ditemani cahaya bulan yang terang lalu mata pun tak stress sangat.

Alhamdulillah.

Yang bertolak balik hari ini, saya doakan semoga perjalanan kalian dipermudahkan.  Semoga tiada drama dan tiada episod yang memerlukan botol bagi menunaikan hajat anda.

Aamiin.

#SuperDaddy

Share

Blog  / Experience  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved