• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Lif atau Eskalator

06/01/2019

Rasa macam nak minta pihak pengurusan shopping mall buka sahaja “bollard” atau tiang besi penghadang yang dipasang di hadapan eskalator tu.

Memang tahu tujuan dipasangnya benda alah tu agar orang tak tolak stroller atau troli naik eskalator.  Faham, memang faham.  Lagipun memang bahaya.

Tetapi bagi ibu bapa yang bawak stroller, kadang-kadang kami dah macam takde pilihan rasanya.  Lama jugak kot nak tunggu sebelum dapat naik lif terutamanya di hujung minggu.

Lif sentiasa didominasi oleh orang yang nampaknya sihat yang boleh menaiki eskalator.  Mereka ini juga yang berebut-rebut nak masuk lif.

Mak bapak yang ada stroller dan orang OKU yang berkerusi roda memang kena tunggu 2-3 round dulu baru dapat naik.

Tapi nak buat macamana, memang takde pilihan.  Terpaksalah sakit mata melihat kelakuan rakyat Malaysia yang kurang prihatin terhadap keperluan orang lain.

Entah kenapa orang begini dia malas nak guna eskalator.  Mungkin penat dan letih gamaknya nak kena naik macam naik tangga barangkali.

Kita faham, ada juga yang tak sihat, sakit itu ini, ada yang tua, ada yang bawa banyak barang ada yang bawa anak ramai, kita tak kisah sebenarnya.

Tapi bila yang menunggu depan lif tu nampak muda-muda, sihat, sado, bersenda gurau, bergelak tawa, bertepuk tampar dan masih sibuk nak naik lif dengan orang lain tu dah kenapa?

Yang takut dan gayat tu terpaksalah.  Yang setakat sakit belakang, sakit kaki dan sebagainya tu rasanya naik eskalator tu tak payah nak berjalan pun.  Boleh sahaja gagahkan diri.

Kami ni tak ada pilihan itu, tak boleh nak cuba selit stroller naik eskalator tu, tak lepas.  Jadi nak tak nak tetap kena tunggu, kalau nasib baik 1-2 round dapat naik, kalau nasib tak baik 4-5 round lif naik turun pun belum tentu dapat.

Pilihan lain yang kami ada adalah datang waktu bukan hujung minggu, atau tak payah datang langsung.

Itu sahaja.

Bukannya cuba menafikan hak orang lain.  Semua orang berhak menggunakan lif.  Tak kira kecil besar, tua muda, lelaki perempuan atau sihat mahupun sakit.  Cuma berilah keutamaan kepada yang lebih memerlukan.  Kalau takde golongan tersebut maka gunalah, naik dan turunlah sebanyak lapan belas kali pun.

Kami pun kalau ada alternatif lain, tak hingin juga nak tercongok menunggu dan mengharap belas ehsan dari orang agar faham keperluan kami.  Kami faham, di negara ini siapa cepat dia dapat.  Jangan fikir keperluan orang, pentingkan diri sendiri dahulu menjadi motto kita.

Kami pun tak suka nak meminta belas ehsan orang.

Kami sanggup sahaja berusaha dan menyusahkan dan membahayakan diri naik eskalator dari tercongok menunggu di depan lif dan melihat makhluk-makhluk yang sihat, hensem, cantik, muda dan ranggi menaiki lif walaupun jelas ada peringatan agar diberi keutamaan kepada kami dan juga orang OKU.

Takpelah, biarlah mereka naik lif.

Bukalah besi penghadang tu dan biarkan kami naik eskalator.

Atau.

Atau, pihak pengurusan boleh letakkan guard di setiap lif dan uruskan makhluk-makhluk yang mampu naik eskalator agar beri keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan untuk menggunakan lif.

Kalau tak boleh tak apalah.

Mungkin kami kena pergi mall lain.

Bagi yang sihat dan kuat, belum kahwin, belum ada anak mungkin korang tak terasa benda ni.  Namun satu hari nanti bila korang dah ada anak maka korang tahulah bagaimana perasaan kami.

Jadi, sama-samalah kita hidup untuk menjadi manusia yang sentiasa memudahkan urusan manusia yang lain.

KHAIRUL ABDULLAH
Ahad 6 Januari 2019

#mentalitimasihjamban

Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved