• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

LIF – Siapa Cepat Dia Dapat

25/12/2018

Berjaya menaiki lif di dalam shopping complex bagi seorang bapa tunggal yang menolak stroller bersama 3 anak kecil adalah satu kejayaan besar, walaupun kena tunggu sampai 2-3 round lif naik turun.

Tahu sahajalah, lif ni semua orang nak naik.

Sementelah hari ini cuti umum.  Manusia ramai ya amat.  Shopping complex sesak dan padat, lif pun turut sesak.  Single, couple, kecil besar, tua muda, miskin kaya, semua nak naik lif.

Biarpun sihat walafiat, biarpun ada sixpack, biarpun segak bergaya walaupun tiada berkerusi roda atau menolak stroller, semuanya berebut.

Pedulikanlah orang kurang upaya, pedulikanlah mak bapak yang berderet anaknya, pedulikanlah si bapa dengan anak tiga, siapa cepat dia dapat.

Pedulikan walau jelas ditampal sticker bertulis utamakanlah orang yang lebih memerlukan.  Pedulikan walaupun jelas ditampal gambar orang tua, orang mengandung, orang berkerusi roda mahupun orang yang menolak stroller.

Siapa cepat dia dapat.

Yang datang lambat pun terus menyerbu masuk tanpa pedulikan orang yang lebih lama menunggu.  Yang di dalam berhadapan pintu takut untuk keluar sekejap memberi laluan kepada orang lain.

Jadinya, depan pintu masuk lif ni dah sama macam nak naik LRT lagaknya.  Sesak dengan manusia.  Ramai yang berjaya dan ramai juga yang kecewa.

Begitulah.

Entah bila kita akan berubah.  Entah bila kita akan lebih mementingkan orang berbanding diri sendiri.  Benda sekecil itupun kita tak dapat lakukan.

Lif yang terhad itu juga kita hendak berebut.  Boleh sahaja kita guna eskalator yang sebelah lif tu dan turunlah atau naiklah ke mana sahaja.

Kita dikurniakan kesihatan yang baik, masih kuat untuk berjalan, kita diberikan kebebasan kerana masih belum memiliki keluarga dan anak, kita masih mampu untuk tawaf satu shopping complex.  Maka seharusnya kita mampu untuk menaiki eskalator berbanding lif.

Berilah lif tersebut kepada mereka yang lebih memerlukan.

Takut juga satu hari nanti Allah tarik nikmat kesihatan kita dan terpaksa duduk di atas kerusi roda.

Waktu itu baru kita tahu langit tinggi rendah, waktu itu baru kita tahu betapa susahnya dahulu orang OKU dan keluarga yang menolak stroller anak untuk menunggu dan berebut masuk ke dalam lif.

Mintak simpang.  Jangan sampai begitu.

Hiduplah untuk menjadi manusia yang sentiasa memudahkan urusan manusia yang lain.

KHAIRUL ABDULLAH
#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Complaints  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved