2 bulan selepas isteri aku meninggal aku apply untuk sambung study. Sebabnya?
Life is short.
Kalau tak memang tak tahu bila aku akan sambung, know-know aku mati gitu jer. So dalam kepayahan, saat aku down gila, saat masih bersedih aku apply untk sambung.
Waktu pergi interview diorang tanya aku kenapa sambung study dan bidang lain pulak tu dan bukan untuk naik pangkat ke apa ke. Aku jawab aku nak jadi orang berilmu. Aku nak capai cita aku nak belajar sampai mati.
So minggu berikutnya aku terimalah surat tawaran.
Dan, the rest is history, kata orang Tampin.
Alhamdulillah, ada kejayaan yang aku capai sewaktu belajar. Dah sikit lagi nak grad dah. Lepas tu aku nak sambung lagi.
Ramai orang cakap pada aku macam impossible jer nak buat semua benda. Tambahan macam aku yang nak kerja, nak jaga anak-anak, nak urus rumahtangga, nak belajar lagi, dapat ke buat semua tu.
Well, it seem impossible, tapi takde benda yang tak boleh buat kalau kita bersungguh nak buat. Niat kita betul, matlamat kita betul, usaha kita ada, doa kita ada maka Allah permudahkan.
Banyak benda aku buat dan aku capai dalam kepayahan. Sepanjang 3 tahun jadi bapa tunggal, banyak yang aku capai.
Aku sambung belajar, dan aku score. Melebihi apa yang aku expect asalnya. Buat aku senyum sendiri bila look back.
Aku jadi perunding takaful, sebab nak tambah pendapatan nak besarkan 3 orang anak. Dalam masa 23 bulan, aku ada beratus-ratus klien. Komisen aku pun dah sedap sangat dah dan InshaAllah lagi 2-3 bulan aku naik pangkat jadi Unit Manager. Tambah sedap lagi gaji aku.
Aku nak berniaga, tapi tak pandai. Ada banyak projek perniagaan aku dengan rakan-rakan yang gagal. Tapi aku tetap ada semangat nak buat sales juta-juta. Asyik tengok orang post pasal depa dapat first million sales, aku pun teringin.
End up aku join Affiliate Shopee. Bulan pertama aku buat sales 2 juta dan sekitar 1-2 juta sales setiap bulan berikutnya. Tak perlu tunggu setahun pun aku dah rasa bagaimana rasa dapat buat sales juta-juta berturutan. Lain macam betul feeling dia.
Namun, kejayaan paling manis adalah dapat besarkan 3 orang makhluk kecil ini bersedirian. Dari sekecil 7 bulan si baby tu sampailah dah nak masuk 4 tahun umur dia, aku besarkan dengan kedua tangan aku sendiri. Besarkan 3 orang anak ni adalah paling mencabar dan paling manis pengalamannya.
Begitulah.
Allah ambil isteri aku, tapi dia gantikan dengan segala jenis kejayaan untuk aku. Semuanya sebab aku yakin yang Allah akan bantu jika niat aku baik.
Aku nak besarkan anak-anak sendiri, nak bagi cukup segalanya, nak bagi kasih sayang sepenuhnya. Allah bantu.
Aku nak sambung belajar, nak jadi orang berilmu dan nak guna ilmu untuk bantu ummah dengan penulisan aku, dengan buku aku. Allah bantu.
Aku jadi perunding takaful, nak sebarkan kebaikan muamalat Islam, nak bantu keluarga agar ada hibah agar tak ada keluarga yang susah merempat bila kehilangan pasangan. Allah bantu.
Aku nak berniaga, nak dapat sales berjuta. Aku dah penah bayar zakat yang banyak, aku nak bayar lagi zakat dengan banyak. Aku nak bahagiakan mak abah dan adik-adik aku, aku nak bantu orang yang susah yang selalu minta tolong aku. Allah bantu.
Alhamdulillah, aku hanya mampu sujud dan bersyukur.
Aku juga akan kenang semua jasa kalian yang selalu memberi semangat serta mendoakan kebaikan untuk aku dan anak-anak. Semoga Allah balas syurga buat kalian semua.
Selagi aku hidup, aku akan terus berusaha untuk menjadi manusia yang paling bermanfaat buat keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Semoga Allah bantu.