• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Macamana Nak Dapat Skor Kredit Yang Cantik?

08/10/2021

Kita ni, kalau nak mudah dapat pinjaman bank, kita mestilah ada “credit score” yang cantik. Bila bank tengok skor cantik, disamping keupayaan membayar balik yang baik, memang mudah gila nak luluskan pinjaman.

Macamana nak dapat skor kredit yang cantik?

Ni ha, ada 5 benda yang korang kena buat nak bagi rekod dan skor kredit cantik seperti yang diulas dalam Majalah Labur.

1- Kemas kini maklumat peribadi dengan bank.
2- Langsaikan hutang atau bayar tanpa gagal.
3- Bayar semua ‘loan’ tepat pada masanya.
4- Periksa perkongsian bayaran (‘joint loan’ atau ‘supplementary card’)
5- Bina sejarah kredit sendiri (kena ada ‘track record’)

Kalau dapat buat semua di atas, maka skor kredit akan jadi sangat cantik.

Tapi kalau tak berdaya nak buat semua di atas, ‘loan’ selalu ‘lupa’ bayar maka kita dah mula ada masalah. Macamana nak buat ‘loan’ baru kalau ‘loan’ lama pun dah bermasalah, kan?

Masalah ni kalau dibiarkan akan jadi parah sehingga diganggu pemungut hutang. Silap-silap boleh jadi bankrap.

Jadi, nak kena buat apa?

Silalah mengadap AKPK dengan segera. Maaf, silalah berjumpa dengan AKPK (orang-orang di AKPK semuanya mesra alam, eh, mesra pelanggan).

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah kawan baik yang korang kena jumpa bila dah terbeban dengan hutang ni. Tapi ramai lah takut dengan AKPK ni. Katanya masuk AKPK jer kena ‘blacklist’ terus.

AKPK ‘blacklist’ kan peminjam?

Ni tanggapan yang sangat salah. AKPK tidak pernah ‘blacklist’ atau menyenaraihitamkan peminjam. Segala permohonan untuk buat loan bergantung atas budi bicara bank sendiri, tiada kaitan dgn AKPK.

‘Blacklist’ ni sebenarnya ada kena mengena dengan skor kredit yang kita bincang di atas tadi. Kita ‘join’ program AKPK ni adalah untuk betulkan kisah silam, perbaiki keadaan semasa. Jangan salah anggap.

So jangan takut dengan AKPK yer. Mengadap terus bila bermasalah. Eh, salah lagi. Berjumpa terus bila bermasalah.

Bagi yang nak lebih mahir mengurus kewangan, Oktober ni ada Financial Literacy Month yang dianjurkan oleh FEN (Financial Education Network).

Ianya adalah program yang diterajui oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, PIDM, KWSP, AKPK dan PNB.

29 hingga 31 Oktober 2021 ni pula FEN akan adakan satu acara ‘finale’ secara maya. Antara program ‘best’ yang akan dijalankan ialah:

i. “Klinik Khidmat Nasihat Kewangan secara Maya” bersama hampir 22 institusi perbankan bagi mendapat panduan dan rundingan secara ‘1-to-1’ berkenaan bantuan bayaran balik pinjaman.

ii. Pameran maya (‘Virtual Booth’) oleh ahli dan rakan strategik FEN yang menyediakan khidmat nasihat berkenaan pengurusan kewangan, transaksi secara digital (‘e-payment’), insurans dan takaful, pelaburan, penipuan dan pengurusan kewangan serta persaraan.

iii. Pameran oleh agensi-agensi dan syarikat yang menyediakan peluang peningkatan kemahiran dan penjanaan pendapatan termasuk platform digital juga akan diadakan semasa program ‘finale’ ini berlangsung.

Ambil peluang ini tau gais. Sayang kalau terlepas.

Financial Literacy Month

Semoga kita semua mahir mengurus wang terutamanya hutang dalam keadaan yang serba mencabar seperti sekarang ini.

#superdaddy
#AKPK
Share

Blog  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved