Oihhh benda best ni.
Pasir sintetik yang boleh diacu menjadi pelbagai jenis bentuk. Nak jadi bentuk dinasour boleh, nak jadi bentuk kapalterbang boleh, nak jadi huruf dan abjad pun boleh, macam-macam bolehlah.
Tekstur dia memang sama macam pasir halus tu, cuma dia lembab macam playdough dan tak berterabur. Nak ke pantai main pasir tak boleh, maka kita main pasir dalam rumah.




Pasir sintetik ni sangat sesuai untuk perkembangan sensori (sensory development) anak-anak kita. Penting tau sensori ni untuk anak-anak mengenal bahawa setiap tekanan akan memberi impak yang berbeza.
Diorang akan belajar memegang, memicit, menggentel, mencucuk, membentuk dan macam-macam. Ini juga akan menjana minda dan daya kreativiti diorang.
Pasir ni juga boleh digengggam, diacu atau ditekan dengan kuat yang mana dapat membantu menguatkan otot dan meningkatkan koordinasi tangan dan mata. Lalu ia menajamkan skill pemerhatian dan juga daya berfikir mereka.
Paling best, anak-anak boleh hadap benda alah ni 2-3 jam dan depa akan lupa gajet.
Sungguh.
Aku pun seronok join depa buat istana pasir. So memang sangat best untuk aktiviti seluruh keluarga. Dapatlah kita spend quality time dengan anak-anak.
Benda alah ni harga dia RM69/box.
Dalam tu ada 4kg pasir sintetik dan juga 129 jenis acuan. Siap ada bendera bagai untuk diletakkan di puncak istana pasir. Ada acuan dinasour okeh. Anak kedua aku memang tumpu yang itu jer. Ada acuan huruf, nombor, bentuk, istana dan segala jenis.
Berbaloi gila weh.
Ni ha beli kat Shopee: https://shp.ee/wjzxb4h
Beli kat whatsapp: wasap.my/60192484986/pasir+sintetik
Sediakan tempat khas tau nak buat aktiviti ni. Jangan main atas karpet pulak. Memang akan berteraburlah sana-sini, tapi boleh kuis atau sapu dengan mudah. Pasir ni tak melekat dan senang nak bersihkan.
Takpelah, sekejap jer nak bersihkan pun. Asalkan dapat elakkan anak-anak dari gajet dan kita dapat luangkan masa berkualiti dengan depa.






