Pengalaman abang pertama kali berpuasa di perantauan ialah pada tahun 1996. Ketika itu abang dan 2 orang rakan dalam jelajah Indo-China secara backpack. Setelah hampir 2 minggu berkelana maka kami pun bertolak pulang.
Ketika dalam perjalanan dari Bangkok ke Haatyai menaiki bas, kami ada berbincang tentang tarikh puasa. Kami nak pastikan samada puasa jatuh pada esok hari ataupun lusa.
Berdasarkan tarikh di kalendar kecil yang dimuatkan ke dalam wallet, dinyatakan yang esok adalah hari permulaan puasa di Malaysia. Maka setiba di Haatyai malam nanti kami harus cari kedai atau gerai untuk bersahur sebab esoknya kami akan bertolak pulang ke tanahair.
Sekitar jam 2 pagi kami berkeliaran di bandar Haatyai mencari gerai yang kena dengan selera tekak. Kelihatan seorang peniaga wanita memakai tudung, lalu kami singgah di gerai beliau dan memberi salam.
Salam kami dijawab dan bersambut dengan senyuman. Dipendekkan cerita maka kami pun bersahurlah nasi lauk tomyam, telur dadar, ayam goreng kunyit dan sambal belacan.
Esoknya sebelum tengahari kami bertolak balik ke KL. Cuaca panas membahang dan bas yang dinaiki pula macam tak ada aircond. Hanya angin menghembus keluar laju dari corong di atas kepala tetapi sejuknya tidak.
Puasa punya pasal maka kami bertabahlah.
Setibanya di sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam, abang tengok ramai orang menghisap rokok dan ramai juga yang minum.
“Ehh, tak puasa ke diorang ni?” getus hati abang sambil melawan rasa pahit di mulut dan kering di kerongkong.
“Kak, tak puasa ke hari ni?” soal abang kepada pegawai imigresen yang sedang membelek passport sambil membandingkan gambar dengan abang yang sebenar.
“Esok lah dik” Jawab kakak tu dengan muka separa pelik dan kening terangkat.
Secara otomatik abang mula menelan liur dan mengorek hidung.
—————————————————–
Itu pengalaman backpack zaman tak ada telefon bimbit, tak ada internet. Takde maklumat mengenai apa yang berlaku di Malaysia. Kalau nak maka kena telefonlah. Mahal bohhhh.
Nak travel pun sukar juga. Semua maklumat adalah berdasarkan buku Lonely Planet, brosur atau flyer dan juga peta yang kadang-kadang sudah ketinggalan zaman.
Tiket tidak boleh dibeli secara online, semuanya kena walk- in atau melalui telefon.
Jadi, adik-adik semua, bersyukurlah yang korang sekarang hidup di zaman teknologi yang serba canggih. Semua maklumat di hujung jari sahaja dan takdelah korang puasa awal sehari macam abang ko ni ![]()







Leave A Reply