Comel pulak tengok dollhouse ni.
Budak bertiga ni lelaki lah pulak. Ada ke design macho sikit macam jantan yang nama dia toyhouse ke?
Aku research sikit pasal kebaikan benda alah ni. Sangat bagus katanya untuk anak-anak.
1. Tingkatkan Imaginasi & Kreativiti
Yelah anak-anak dok imagine kan kehidupan dolls dia dalam tu. Waktu makan kena pi makan, waktu tidur kena masuk bilik dan sebagainya. Pastu boleh susun-susun perabut dalam tu, boleh hias sana-sini. Meransang kreativiti anak-anak.
2. Meningkatkan Kemahiran Hidup.
Anak-anak belajar buat kerja atau chores dalam rumah dia. Kena kemas itu, kena kemas ini, susun itu susun ini dan sebagainya. Itulah kemahiran yan diperlukan bila depa besar nanti.
3. Kemahiran Motor Halus (Fine Motor Skills)
Benda dalam tu semua kecil. So anak-anak kena uruskan betul-betul, kena pegang benda yang kecil, nak letak dan susun betul-betul agar tak tumbang atau jatuh. So skills motor halus dia diasah melalui aktiviti di dollhouse ni.
4. Penyelesaian masalah.
Macam kita juga lah, ada isu rumahtanggan nak kena selesai. Depa pun akan belajar settle isu rumah sempit bila perabut banyak, isu keselamatan agar barangan tak jatuh dan sebagainya.
5. Kemahiran Pengelasan dan Organisasi
Depa akan belajar mengelas semua barang mainan dalam tu. Depa mesti nak rumah kemas dan lawa dan pada masa yang sama ianya berfungsi. So depa perlu kelas, susun dan kemas ikut semua kategori barangan yang depa ada.
Begitulah yang aku baca.
Aku biasanya buat dengan kotak jer.
Potong sikit tebuk jadi tingkap pintu dan sebagainya. Cukuplah buat budak-budak ni bawak masuk kereta, Spiderman dalam tu. Itu pun dah kemain depa dok imaginasi macam-macam. Boleh bertumbuklah kalau tersentuh dan terbalik mainan kat dalam tu.
Tapi bagi korang yang nak beli cantik-cantik macam dalam gambar tu boleh beli kat Shopee. Hari ni ada sales 6.6 okeh, diskaun sampai 47% kau.
Yang anak lelaki, atau yang rajin kita pakat buat guna kotak sudah.
Ke guane?






