Sampai rumah pun lambat dah tadi. Ikan temenung ada lagi, so aku buat masak cuka, paling mudah dan cepat.
Siapa sini yang suka masak cuka? Sejenis masam-masam manis pedas ni memang syiok ohh. Aku ni jenis suka hirup, so apa saja yang berkuah memang feveret aku lah.
Nah, cara nak buat Masak Cuka Ikan Temenung atau Ikan Apa Sahaja Yang Kau Ada oleh Superdaddy Khairul Abdullah
Bahan-Bahan:
5 ekor ikan temenung atau 5 ketul ikan tenggiri digoreng
5 ulas bawang putih dibuang kulit sahaja
5 ulas bawang merah dibuang kulit sahaja
1-2 biji bawang besar dipotong bulat
1 inci halia dimayang halus
1 sudu biji sawi
1-2 biji cili merah (aku takde)
4-5 biji cili padi
½ batang timun dipotong panjang
1 ½ cawan air
2-3 sudu cuka makan Cap Jalen
Sedikit garam dan gula
Cara nak buat dia.
1. Ambil 5-5 sudu minyak baki goreng ikan tadi dan masukkan dalam kuali lain. Panaskan dan tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan biji sawi sehingga harum.
2. Masukkan air, cuka dan timun dan biar mendidih.
3. Dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah, kacau sekejap dan masukkan ikan. Perasakan dengan garam dan gula.
Siapppp.
Ahh malas nak ulas lagi lah.
Kau cubalah sendiri.
P/S: Banyak resepi mudah aku boleh dilihat di Instagram @mynameiskhairul






