“Encik, saya dan suami nak berjalan di Eropah hujung tahun ni, boleh bagi tips tak?
.
“Err..tips apa yer?”
.
“Tips nak pergi Europe lah”
.
“Saya tahulah Puan nak pergi Europe, tapi tips apa yang puan nak?”
.
“Alah tips macamana nak pergi Europe lah”
.
“Puan beli tiket kemudian pergilah” balas saya agak geram namun kemudian saya padam kerana tidak tergamak dan tulis semula.
.
“Hmmm..dah baca artikel saya di blog atau buku saya?”
.
“Errr..dah tengok kat blog, tapi tak faham”
.
“Puan baca ke puan tengok sahaja?”
.
“Saya tengok sepintas lalu sahaja, panjang sangat nak baca.”
.
Saya hela nafas panjang sedalam yang mungkin. Istighfar banyak-banyak.
.
“Puan baca dahulu artikel tu, sebab semuanya saya dah cerita kat situ, segala tips dah ada kat situ. Lepas tu kalau ada yang tak faham tanya saya balik”
.
“Oklah. Terima kasih”
.
“Terima kasih kembali.”
.
Saya menghembus nafas lega, fuhhh.
.
Sejam kemudian.
.
“Encik, kalau kita nak ke Europe kena ada visa tak?”
.
Saya dah rasa macam nak “starlight” dahi orang dah ni.
.
Keperluan visa adalah bab pertama sekali saya cerita di dalam artikel saya di blog tu.
.
Nampak sangat kau malas baca dik.
.
Hmm..Entahlah.
.
p/s: Ingin tahu bagaimana nak rancang perjalanan sendiri ke Eropah, dapatkan buku saya I’m A Backpacker Europe di mana-mana kedai buku berhampiran anda.
.
Pre-order buku I’m A Backpacker Germany di sini: https://goo.gl/forms/y84rSFGQFljBYRfp1
 
						    	    






Leave A Reply