Apa yang paling penting antara 3 yang berikut?
Medical card? Hibah? atau Perlindungan Pendapatan? Saya lebih sarankan plan perlindungan pendapatan atau income protection plan ini diambil terlebih dahulu berbanding yang lain.
Yang ini lebih penting sebab tak ada option lain yang boleh membantu. Medical card takde tak apa, hospital kerajaan masih ada. Tapi kalau sakit, tak boleh bekerja, kena berhenti, takde gaji maka takde siapa nak bagi duit belanja sehari-hari.
Sakit seperti stroke, cancer, jantung, buah pinggang dan segala macam sakit kritikal sekitar 40-50 jenis yang popular di Malaysia ini dilindungi oleh pelbagai plan dari pelbagai syarikat takaful di Malaysia.
Bagaimana ia dikatakan sebagai income protection atau perlindungan pendapatan ni?
Bila kita kena sakit kritikal, keupayaan untuk kita bekerja menjadi terbatas atau kita langsung tidak dapat lagi bekerja. Bila dah tak dapat bekerja maka tiadalah pendapatan. Jika kita terlantar di hospital menerima rawatan maka anak isteri di rumah nak makan apa jika kita tiada lagi gaji.
Jadi, dengan adanya perlindungan ini, syarikat takaful akan membayar wang tunai sejumlah yang besar kepada kita sebagai pampasan. Misalnya dalam plan takaful tersebut perlidungan sakit kritikal yang kita ambil berjumlah RM50K, maka kita akan terimalah wang tunai dengan jumlah tersebut. Dapatlah terus sara anak isteri.
Namun cukupkah RM50K?
Untuk melindungi pendapatan, dicadangkan agari ia mestilah dapat cover gaji kita selama 10 tahun. Contohnya gaji sebulan RM3K X 12 bulan X 10 tahun, maka kita patut ambil plan yang cover RM360K. Jika kita jatuh sakit maka kita akan terima wang tunai RM360K untuk terus sara hidup keluarga kita selama 10 tahun atau lebih.
Atau kalau untuk dapatkan RM360K perlindungan tersebut bayaran bulanan adalah tinggi, maka dapatkan jumlah yang lebih kecil dengan bayaran bulanan mengikut kemampuan masing-masing.
Namun kena ambil agar jika kita jatuh sakit, anak isteri atau suami dapat terus survive.
Kami di Great Eastern Takaful ada plan perlindungan sakit kritikal RM100K berserta lumpuh/cacat kekal sebanyak RM250K dan juga Hibah RM250K dengan bayaran bulanan yang sangat murah iaitu serendah RM83 sebulan sahaja.
JIka berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh hubungi team saya yer:
So far inilah plan paling murah yang kami ada. Hibah minimum RM250K tu meningkat 10% setiap 5 tahun tau. Bayaran bulanan pula kekal tanpa peningkatan.
Plan ini adalah sangat disarankan untuk semua yang belum ada sebarang perlindungan sakit kritikal atau perlindungan pendapatan ini. Paling best dia datang bersama pakej Hibah yang berganda-ganda lagi.
So, kalau jatuh sakit, dapat duit. Kalau mati pun dapat duit.