Dah boring makan nasi, kita makan megi lah pulak.
Nindia, Megi Kari Sotong oleh SuperDaddy Khairul Abdullah.
Bahan-bahan yang perlu dikorbankan.
1 pek mee segera perisa kari, wajib ada.
3 ekor sotong, saiz ikut suka.
1 biji telur, cari sampai jumpa.
2 tangkai sawi, dipotong sahaja.
½ biji tomato kalau ada.
1 ketul tauhu goreng, juga kalau ada.
1 ulas bawang putih mesti ada.
¼ ulas bawang besar harus ada.
Cili merah, daun bawang dan daun sup untuk hiasan mengada-ngada.
Cara melaksanakan projek ini:
1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak dan kemudian masukkan 400ml air. Biarkan mendidih.
2. Dah mendidih masukkan megi biar 2 minit dan keluarkan masukkan dalam pinggan atau mangkuk.
3. Masukkan perencah dan sotong dalam air mendidih tadi, kacau sekejap.
4. Masukkan sayur sawi bersama hirisan bawang besar, hirisan tomato dan juga tauhu.
5. Terus masukkan telur dan kacau.
6. Tutup api dan tuangkan semuanya dalam pinggan/mangkuk megi tadi. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang serta cili.
Sekian.
Leave A Reply